Powered By Blogger

Ahad, 22 Mei 2011

AHAD, 2 MEI 2010

KENAPA WAJIB BERPEGANG PADA MAZHAB SYAFIE

Bismillahirahmannirahim.. makluman-jika x dpt klik kt readmore sila klik kt tajuk utama(ATAS) untuk paparan penuh/ sila gnekan mozilla firefox untuk kualiti yg lebih memuaskan.sekian


Tahukah anda terdapat pelbagai jenis mazhab terutamanya di tanah arab,dan sesetengah mazhab ini tidak lah pula terkeluar dari fahaman alhi sunnah waljamaah.Cuma bagi tidak mengelirukan orang awam yang masih belum mendalaminya,maka memadailah kita semua tahu ada 4mazhab besar yang popular dalam dunia Islam.Iaitu mazhab syafie,hambali,hahafi dan maliki.Namun,jangan lah pula menafikan selain 4mazhab ini maka ianya adalah sesat.Kerana kita masih jahil,dan kita masih belum mendalami islam sepenuhnya lagi.Percayalah,masih banyak perkara yang belum kita temui dalam dunia Islam.

KENAPA WAJIB BERPEGANG KEPADA MAZHAB SYAFIE.(Dalam konteks Malaysia)
Kebiasaanyanya orang awam tidak mampu menguasai ilmu sehingga ke peringkat mujtahid, maka mereka hendaklah mengikut mazhab secara keseluruhan tampa boleh menukarnya. Seseorang yang bukan ahli ijtihad (cerdik pandai dalam ilmu kaedah hukum Islam) adalah wajib mengikut satu mazhab sahaja.Akan wujud masalah yang lebih besar andai orang yang belajar melalui 'dengar-dengar' mengamalkan sesuatu ibadah yang dirasakan mudah tanpa memahami tujuan dan maqasid hukumnya.Sengaja mencapur adukkan pelbagai pandangan dari mazhab berbeza atas dasar suka2 adalah dilarang kerana dikira mempermudahkan urusan agama.
Di Malaysia,kesemua masjid-masjid,surau,pondok2,buku-buku agama ataupun di radio2 dan televisyen mengajar secara spesifik tentang mazhab syafie.Dan tenaga-tenaga pengajar(ustaz) yang ada diserata malaysia lebih mendalami dan mahir dalam mazhab syafie,malah bermula dari kecil sehinggalah dewasa juga kita semua telah didedahkan dengan mazhab syafie.Maka atas kesemua sebab-sebab ini juga lah TIDAK melayakkan kita untuk berpegang kepada mazhab lain.Kerana tiadalah sumber guru yang boleh mengajar kita sedalam-dalamnya tentang mazhab selain dari mazhab syafie di Malaysia.Maka dalam konteks Malaysia,WAJIB untuk kita berpegang pada pandangan mazhab syafie.

BOLEHKAH BERPEGANG PADA MAZHAB LAIN JIKA DARURAT?
Kita hanya dibenarkan keluar dari mazhab yang dipegang atas dasar darurat yang memaksa kita untuk memilih pandangan mazhab lain.Contohnya sewaktu menunaikankan tawaf dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan kerana terlalu ramai.Dalam hal ini bolehlah berpegang kepada mazhab lain iaitu tidak membatalkan wuduk kerana ianya termasuk dalam situasi darurat dan telahpun disepakati oleh ulama-ulama mazhab syafie akan kelonggaran dalam hal ini.Namun tidak dalam segala hal boleh dicampur aduk soal mazhab.

BOLEHKAN JIKA INGIN MENUKAR MAZHAB?
Mengikut beberapa pendapat,bolehlah berpegang pendapt selain pendapat syafie dengan syarat

a)pemilihan selepas mendalami sepenuhnya mazhab yang ingin dipilih melalui berguru dengan guru mazhab tersebut.
(ada ke ustaz mazhab lain kt malaysia ni?hehe..)

b)pemilihan bukanlah disebabkan untuk memudah-mudahkan kan Islam tetapi selepas pemahaman yang mendalam tentang mazhab tersebut.(bukan maen dengar je pendapat mazhab lain kemudian terus nk amalkan)

KENAPA BIASANYA USTAZ DI MASJID ADA JUGA MENJELASKAN TENTANG MAZHAB LAIN SEWAKTU KULIAH.ADAKAH ITU TANDANYA KITA BOLEH BERPEGANG PADA MAZHAB LAIN?
Penjelasan ini sebagai pengetahuan tambahan kepada pengikut mazhab syafie.Diantara tujuannya adalah :

a)Supaya kita tidak mencela orang lain(jika berada di luar negara)sekiranya ternampak amalan
Islam yang berbeza antara kita dengan mereka.
b)Amalan2 yg bukan dari pandangan2 ulama dapat kita kenali sebagai amalan yg tidak betul.
c)Dalam keadaan kesukaran kita boleh bertaklid kepada pandangan ulamak2 mazhab lain.


p/s-mazhab syafie pun tak khatam lagi,tp ada pula sebilangan kecil yang angkuh ingin berpegang kepada mazhab lain.Sumber guru mazhab syafie yang banyak tak dimanfaatkan tetapi ingin berpegang pula mazhab dari sumber yang tiada tenaga pengajarnya.Teramatlah tidak masuk akal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan