Powered By Blogger

Khamis, 22 September 2011

Jilid 3....

Hati seseorang yang dirudung pilu.....disaat kesepian ini, ia memikirkan masa depannya......adakah cerah ataupun gelap.....ia merenung dengan begitu jauh sekali............sehinggakan ia bagaikan berada di awang-awangan......di saat ini jugalah ia memikirkan bagaimana cara untuk memberikan kegembiraan kepada orang yang disayanginya.....kita hanya membaca sifat seseorang itu melalui luaran sahaja tetapi dalamannya kita tak tahu.....adakah ia ini seorang yang baik ataupun jahat........kadang-kadang orang itu nampak sahaja baik luarannya tetapi dalamannya buruk.......ada orang luarannya jahat tetapi dalamannya baik.......ada juga orang sejak azali lagi luarannya baik begitu dalamannya dan juga sebaliknya.....


Kata orang tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali......tetapi pada zaman sekarang ini, sifat kejahatan sudah melebihi sifat kebaikan.....dimanakah terletaknya hati perut mereka.......dimanakah terletaknya nilai murni mereka........kejahatan yang macam mana sudah melebihi sifat kejahatan itu.........kejahatan yang berbentuk bagaimana.......adakah seperti ini atau seperti itu...........antara kejahatannya ialah membuang bayi di tong sampah....dan lain-lain lagi....inilah yang teruk sekali......membuang bayi yang tidak berdosa di mana-mana sahaja....dimanakah sifat perikemanusiaan kita....adakah orang yang membuang bayi itu tidak memikirkan dosanya pada tuhan.........manusia jenis apakah ini.........


Banyak kejadian sekarang ini.......dimana-mana sahaja kita melihat.......samada didalam akhbar....televisyen.....internet....dan lain-lain lagi.......kejadian seperti inikah yang akan menjamin masa depan negara kita.....tidak sama sekali..........bilakah kejadian ini akan berakhir.....ada dalam satu dalil mengatakan "Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, melainkan ia sendiri yang mengubah diri sendiri"........kita harus mencegah dengan secepat mungkin.......mencegah itu lebih baik daripada melakukan perkara mungkar......selalu orang sebut....amar makruf nahi munkar....tetapi orang tidak faham konsep tersebut........ada orang memahami konsep ini secara terbalik.....iaitu amar munkar nahi makruf.....itu yang berlaku sekarang ini.........itulah sebabnya berlaku kes pembuangan bayi di merata tempat.........


Kita seharusnya tahu bahawa hidup di atas dunia ini hanya sekali........oleh itu buatlah amalan kebaikan sebanyak mungkin.........tidak kiralah amalan tersebut sebesar tapak tangan sekalipun......ia juga dikira amalan.....manakala amalan kejahatan pula dikira sebagai satu dosa.......oleh itu, jangan sesekali kita berputus asa.....berbuat baik dengan orang ramai dikira satu amalan.......tidak kiralah orang itu beragama kristian sekalipun......ingatlah, buatlah amalan sebanyak mungkin.......

Rabu, 21 September 2011


Bukit Larut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukit Larut
Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di TaipingPerak. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah diMalaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.

Isi kandungan

 [sorokkan]

[sunting]Latarbelakang

Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

[sunting]Fakta

  • Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.
  • Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.
  • Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.

  • Tea Garden (Kebun Teh) - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands.
  • Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan lebih kurang 1.2 hektar.
  • Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Luas kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut.
  • Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja.
  • Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00.
  • Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama BandarTaiping.
  • Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut

[sunting]Penginapan dan Tambang

Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM6 bagi dewasa dan RM3 (kanak-kanak bawah 10 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit. Tambang untuk perjalanan dua hala ke Banglo Cendana, Tempinis dan Rumah Rehat: RM7 (dewasa) dan RM4 (kanak-kanak bawah 10 tahun). Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun).Kapasiti Land Rover: 8 orang dewasa. Maklumat dan tempahan penginapan boleh diperolehi dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243

[sunting]Zon Waktu Berbuka Puasa dan Imsak

Apabila bulan Ramadhan, kawasan Bukit Larut dikategori dalam Zon 3, bagi waktu imsak dan berbuka di negeri Perak.

[sunting]Pembiakan Bunga

Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut, ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.
Diantara jenis bunga tulip yang disemai adalah berwarna merahmerah jambuputih serta ungu. Bunga tulip yang telah dipetik dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.[1]

[sunting]Jenis Tulip

Berikut adalah jenis bunga-bunga tulip yang ditanam didalam inkubator di Bukit Larut:

Isnin, 19 September 2011

Menerangkan cara mendidik akhlak.......

Kesederhanaan dalam mendidik budipekerti itu merupakan kesihatan jiwa, sedangkan menyeleweng daripadanya menimbulkan penyakit didalam jiwa. Demikian pula dengan kesederhanaan dalam tabiat badan itu, menyeleweng  daripadanya menjadikan badan itu ditimpa penyakit pula.


Sebagai misalnya, kita ambil badan sahaja sebagai contoh.Kita berkata: perumpamaan jiwa dalam mengusahakan pengubatannya dari sifat-sifat yang rendah dan kelakuan-kelakuan yang buruk dengan menggantikan tempatnya dengan sifat-sifat yang utama dan kelakuan yang molek, samalah seperti perumpamaan badan dalam mengusahakan pengubatannya dari penyakit-penyakit yang membahayakan agar kesihatan dapat mengambil tempatnya. Sebagaimana biasa bahawa tabiat badan itu memanglah condong kepada kesederhanaan, akan tetapi perut sering ditimpa berbagai-bagai bahaya, disebabkan makanan yang tidak tentu, udara yang tidak sihat atau hal-hal yang lain.


Demikianlah keadaannya setiap bayi yang baru lahir. Kelahirannya dalam keadaan sederhana, sepertiman fitrahnya, hanya sesudah itu kedua ibu bapanyalah yang menyebabakan ia ,menjadi yahudi atau nasrani atau majusi. Iaitu dengan jalan kebiasaan dan pengajaran sajalah sifat-sifat kerendahan itu akan tersemat didalam dirinya.


Sebagaimana badan juga, pada mulanya tiadalah dijadikan dalam keadaan cukup kesempurnaan. Tetapi ia menjadi sempurna dan kuat dengan pertumbuhan dan menjaga pemakanan. Maka begitu pulalah yang berlaku pada jiwa. Ia mula dijadikan memanglah tidak sempurna, tetapi bersedia untuk disempurnakan. Dan kesempurnaanya akan berlaku dengan memelihara dan mendidik akhlak serta mengisi jiwa dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan.


Jika badan itu sihat, maka tugas doktor hanya menentukan cara-cara dan peraturan-peraturan yang akan memelihara badan itu sampai terus menerus sihat. tetapi jika badan itu berpenyakit, maka sudah tentulah tugas doktor ialah mencari punca penyakitnya, lau mengusahakan cara pengubatannya, sampai badan itu kembali sihat semula.


Begitu pula halnya dengan jiwa. Jika jiwa anda bersih, suci dan terdidik, maka seharusnyalah anda berusaha untuk melindunginya daripada kekotoran, dan mengusahakan sumber kekuatan dan kebaikan baginya, agar ia bertambah bersih dan murni. Tetapi jika jiwa anda itu tidak sempurna dan tidak murni, maka sepatutnyalah anda lebih kuat lagi untuk menarik sumber kesempurnaan dan kemurnian itu kepadanya.



Rabu, 14 September 2011

kemudahan yang perlu dipelajari oleh seorang musafir.....

Ketahuilah, seseorang musafir itu memerlukan dalam pelayarannya bekal bagi kepentingan dunianya dan juga akhiratnya.
adapun bekal yang diperlukan dalam pelayaran di dunia, ialah makanannya, minuman dan lain2 keperluan, seperti nafkah--nafkah dalam perjalanan.Jika ia keluar berlayar tanpa keperluan2 ini boleh juga, kiranya pelayaran itu bersama-sama kafilah ataupun dalam pelayaran yang pendek antara beberapa perkampungan yang bersambungan. Akan tetapi, jika pelayarannya mengharungi padang pasir seorang diri, ataupun bersama rombongan, sedangkan mereka tiada membawa makanan atau minuman, andaikata mereka itu tergolong orang yang mampu menahan lapar selama seminggu, atau sepuluh hari, ataupun mereka sanggup memakan apa sahajayang mereka dapati di sepanjang perjalanan, seperti rumput dan sebagainya,maka ia bolehlah meneruskan di sepanjang perjalanannya. Jika mereka tiada tergolong orang2 yang mampu menahan lapar, ataupun tidak sanggup makan rumput  di perjalanan, maka pelayarannya tanpa makanan atau minuman itu adalah suatu maksiat. Sebab seolah-olahnya mereka mendedahkan diri mereka kepada kebinasaan. Bukanlah maksud bertawakal di sini dengan menjauhi segala macam sebab sekaligus, kalau tidak tentulah telah diwajibkan keatas manusia sekalian supaya bersabar, sehingga Allah mengutuskan seorang malaikat atau seorang manusia lain yang akan menuangkan air kedalam mulutnya.
Adapun bekal yang diperlukan dalam pelayaran ke akhirat iaitu ilmu pengetahuan yang bakal menunjukkannya dalam urusan toharoh (bersuci), puasa, sembahyang, dan peribadatnya:

  1. Bersusi bagi orang bermusafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh menyapu khuf dan bertayyamum
  2. Bersembahyang fardhu bagi orang musafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh bersembahyang qasar (menyingkatkan) dan boleh bersembahyang jamak (menghimpunkan)
  3. Bersembahyang sunat bagi orang musafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh menunaikan di atas kenderaan binatang ataupun ketika sedang berjalan kaki.
  4. Dalam bulan puasa, bagi orang musafir, diberikan satu kemudahan, iaitu boleh berbuka..