Powered By Blogger

Jumaat, 26 November 2010

Buah Naga Baiki Penglihatan

Berasl dari Mexico, buah naga berupaya membaiki penglihatan manusia dengan meningkatkan ketajaman mata. Keupayaan ini dimiliki kerana kadungan zat karotenoid yang tinggi didalamnya.
Buah Naga juga terkenal sebagai penggalak tenaga ataupun 'energy booster' semula jadi kerana kaya dengan taurine.Selain itu, buah naga juga dapat membantu memelihara kesihatan mulut, mencegah pendarahan, merawat keputihan, mencegah kanser usus, da menguatkan gaya kerja otak.
Tidak hanya itu buah yang mengandungi  80 peratus air, vitamin C, serat, kalsium, zat besi dan fosforus ini turut mujarab dalam menurunkan kolestrol dan merawat darah tinggi. Sedangkan kandungan fitokimia di dalam buah naga membantu mengurangkan risiko kanser

Khamis, 18 November 2010

Faizal Tahir - Hanyut

kelebihan bertaubat dan beristighfar

  • Disayangi Allah
  • Didoakan oleh para malaikat
  • Diampunkan dosanya
  • Diberikan pelepasan oleh Allah daripada segala masalah
  • Dimurahkan rezeki
  • Ditinggikan kedudukannya di sisi Allah
  • Bertaubat merupakan ciri orang yang beriman

Jumaat, 12 November 2010

10 jenis solat yang tidak diterima oleh Allah s.w.t

Rasullulah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya bagi petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya (Tabyinul Mahaarim)

Rasullulah s.a.w telah bersabda bahawa: 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t, antaranya:
  • orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu
  • orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat 
  • orang yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya
  • orang lelaki yang melarikan diri
  • orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat)
  • orang perempuan yang suaminya marah kepadanya
  • orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung
  • imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya
  • orang-orang yang suka makan riba
  • orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar

Selasa, 9 November 2010

Doa memohon ketetapan hati

Maksudnya:"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu". (Riwayat Muslim)
Maksudnya:"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu (Riwayat Al-Tirmizi, Ahmad dan Al-Hakim, dianggap sebagai sahih oleh al-Hakim dan al-Zahabi)
Hati merupakan raja dalam struktur badan manusia. Perkara ini disebutkan dalam hadis sahih riwayat Al-Bukhari. Hati anak-anak bersih ibarat sehelai kain putih yang perlu dicorak dengan warna-warni iman dan takwa dalam bab Al-Iman bahawa hala tuju manusia sebenarnya adalah dipandu oleh hati.
Oleh itu, amatlah pentung untuk kita sentiasa memohon kepada Allah s.w.t ketetapan hati kita agar sentiasa berada dalam rahmat-Nya, ketika hidup dan mati.
Menurut Ummu Salamah r.ha, doa ini merupakan doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi s.a.w. Dicadangkan agar kita membacanya setiap kali selesai solat fardhu, juga dalam doa ketika solat-solat sunat yang kita kerjakan. 

Jumaat, 5 November 2010

Lahirkan perasaan berdasarkan iman bukan nafsu

Untuk menjadi insan yang soleh, kita seharusnya bijak melahirkan perasaan. Allah s.w.t mengurniakan kita hati dan perasaan untuk disalurkan ke arah yang diredai Allah.
Kita boleh melahirkan perasaan suka, sedih, marah, benci dan sebagainya. Namun bukanlah semudah itu untu melahirkannya.
"Perasaan yang seharusnya dilahirkan ialah semata-mata bertunjangkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah"

Kebencian, kegembiraan, kemarahan yang lahir mestilah sejajar dengan apa-apa yang Allah s.w.t benci, suka, dan murka. Apabila kita meletakkan iman di hadapan, maka ketenangan akan mudah dicapai.
Apabila manusia di muka bumi ini melahirkan perasaannya menurut nafsu semata-mata, maka hancurlah segalanya. Jiwa mereka akan tertekan dan akhirnya membawa kepada kemusnahan.

Sabda Rasullulah s.a.w:
Maksudnya:"Berhati-hati terhadap perasaan hasad dengki. Hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan kamu sepertimana api memakan (membakar) kayu api atau rumput". (Riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah dalam kitab Sunan Abi Daud pada bab Adab)

Khamis, 4 November 2010

Petua menangani stress

Petua-Petua Berkesan Menangani Stress
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Umar Al-Khattab r.a bahawasanya beliau berkata:
"Hisablah diri kamu sebelum kamu sekalian dihisab, Timabanglah (amal) kamu sebelum (amal) kamu sekalian dihisab. Kerana kamu akan lebih mudah (menghadapi) hisab kelak, jika sekarang kamu menghisab diri kamu, dan berhiaslah kamu untuk (hari) pengharapan paling agung"

Kita digalakkan sentiasa bermuhasabah diri iaitu menghisab diri.

Amalan seperti ini bukan hanya perlu dilakukan pada waktu-waktu tertantu sahaja, sebaliknya pada setiap waktu dan tempat.

"Orang yang segera menyedari dan menginsafi setiap kesalahan yang dilakukan akan mendapati bahawa kehidupan akan lebih tenang dan terkawal. Tindakan seperti ini juga dapat mengurangkan stress".

Bagi individu yang tidak gemar dan tidak pernah mengkoreksi kelemahan dan kesilapan diri selalunya lebih tertekan. Ini kerana merekan merasakan dirinya sentiasa benar hingga menyebabkan hati mereka semakin kasar dan sukar menrima teguran. Insan seperti ini hanya akan melahirkan kebencian dan permusuhan ramai kerana tidak semua orang boleh bertahan dengannya. Sampai suatu ketika, tiada seorang pun akan berani menghampiri dan menegur kesilapannya.

"Kesannya, dia akan mengulangi kesilapan dan kelemahan sehingga menyebabkan kemusnahan terhadap dirinya sendiri".

Individu seperti ini sememangnya sengaja menyumbang kepada tekanan diri sendiri. Akhirnya akan terhasillah tekanan demi tekanan

kata-kata hikmah

"Seandainya orang buta memimpin orang buta nescaya kedua-duanya akan jatuh ke dalam parit, oleh itu panduan kepada si buta adalah tongkat dan panduan pada si celik adalah ilmu"

Rabu, 3 November 2010

Pilih teman yang boleh membawa kita ke jalan Allah S.W.T

Jauhi orang yang negatif
Berkawan dan hormatilah semua orang. Pandanglah orang di sekeliling kita dengan rasa hormat dan kasih sayang. Bentuklah ukhuwah islamiah yang berteraskan iman dan ketakwaan.
"jadikanlah orang sekeliling kita sebagai contoh teladan dan sempadan"
Pilihlah teman dan rakan yang berakhlak terpuji agar diri kita terarah kepada kebaikan dan keredaan Allah.
Jauhi teman-teman yang sentiasa mengajak diri kita kepada kemusnahan dan kerosakan