Powered By Blogger

Selasa, 16 Ogos 2011

Cinta....

Cinta....adalah satu perkataan di mana kita sering dengar di mana jua....setiap hari kita mendengarnya.....perkataan "Cinta"..."Love"...."Hubbu"...tetapi adakah kita tahu ertinya cinta ini?
Sememangnya kita tidak mampu memberikan jawapannya....tetapi kita perlu ingat bahawa cinta itu datangnya dari hati kita....naluri kita...Cinta itu banyak....cinta pada Allah S.W.T....cinta pada ibubapa...dan sebagainya...Kadangkala kita sering terfikir adakah cinta ini semuanya indah belaka? Sepertimana yang kita lihat pada masa sekarang ini.....selalu kita dengar "Cinta itu buta".....tetapi adakah ia benar belaka??? Jawapannya ialah ya..kerana kita tidak mampu menampung segala jenis cinta...kadang-kadang cinta ini indah sehinggakan sanggup belajar di tempat yang sama, semata-mata untuk menatap wajahnya.....kadang-kadang juga cinta ini bagaikan api yang marak...sebab itulah ramai yang putus cinta....kerana tidak mempunyai persefahaman yang kuat....orang yang bercinta ini kadang-kadang amat lalai sehinggakan tidak berjumpa sehari umpama tidak berjumpa selama satu tahun....sampai begitu sekali....jika hendak bercinta...biarlah berlandaskan islam....bukan bercinta semata-mata untuk mencari kebahagiaan sahaja malah kebahagiaan di akhirat juga harus kita memikirkannya...ada orang bercinta sehinnga ke jinjang pelamin dan ada orang bercinta tetapi putus di tengah jalan....itu sememangnya sudah menjadi lumrah alam....P.Ramlee pernah berkata di dalam cerita Pak Belalang....sudah menjadi lumrah alam,lelaki mengejar perempuan....tetapi sekarang sudah terbalik...perempuan pula yang mengejar lelaki....kerana mereka memerlukan lelaki yang berkerjaya yang bagus.......bercinta ini bagus tetapi jagalah batas-batas ugama....jangan sesekali menghampiri zina....kerana zina itu satu dosa besar....selalunya orang yang bercinta ini selepas berkahwin....tetapi zaman sekarang ini, ramai remaja berfikiran bercinta selepas kahwin ini adalah lambat....dan mereka ingin berseronok...itu adalah tidak bagus....dan boleh membawa ke arah maksiat...inilah remaja zaman sekarang.....

Jumaat, 5 Ogos 2011

jilid 2.....

Ahmad dan Mohammad adalah dua orang adik-beradik. Mereka berdua mempunyai perangai yang tidak jauh bezanya. Ahmad dan Mohammad ini sangat rapat sehinggakan ke mana sahaja Mohammad pergi, mesti ada Ahmad. Begitu juga sebaliknya. Mereka mempunyai seorang ibu yang sangat baik, tetapi ibunya tidak mampu menanggung mereka berdua kerana ibu mereka terkena penyakit strok akibat darah tinggi. Mereka berdua mempunyai kerja masing-masing. Ahmad bekerja sebagai seorang Eksekutif di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur, manakala adiknya Mohammad bekerja sebagai seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur. Mereka sangat sibuk, tetapi mereka tidak mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap ibu mereka di rumah. Mereka akan mengambil cuti jikalau ibunya terpaksa di hantar ke hospital untuk rawatan yang lanjut.

Pada suatu hari, Ahmad bersama ibunya di rumah, manakala adiknya Mohammad untuk mencari wang bagi perbelanjaan mereka di rumah. Ketika Ahmad sedang memasak makanan untuk ibunhya di dapur, si ibunya memanggil si Ahmad, tetapi ia tidak dengar akan panggilan ibunya. Ketika ibunya memanggil, maka ibunya jatuh dari katil dan badannya berdarah. Barulah Ahmad menyedari bunyi dari dalam biliknya, rupa-rupanya ibunya jatuh dari katil. Segera Ahmad menghantar ibunya ke hospital  dan menunggu rawatan dari doktor. Ketika ibunya sedang di rawat, Ahmad menelefon adiknya, Mohammad untuk segera datang ke hospital kerana ibunya jatuh katil, maka segera Mohammad pergi ke hospital. Apabila Mohammad sampai di hospital, doktor telah memberitahu bahawa ibu mereka sudah tiada lagi. Maka Mohammad telah menuduh abangnya, Ahmad tidak pandai menjaga ibu mereka. Mohammad tidak mengaku lagi Ahmad sebagai abangnya. Maka mereka pun terputus hubungan adik-beradik.

Ahmad berpindah rumah, dan tinggal di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur. Tinggallah Mohammad seorang diri di rumah pusaka ibunya itu. Rumah tersebut, Mohammad telah melakukan perubahan yang amat ketara sekali dengan menggunakan wang simpanannya. Sehinggakan pada suatu hari, Mohammad berhenti kerja sebagai pemandu teksi dan mencari abangnya, Ahmad di Kuala Lumpur setelah hampir setahun berpisah. Mohammad mencari abangnya di tempat abangnya bekerja. Tetapi kerani di tempat abangnya bekerja itu berkata abangnya sudah berhenti dan bekerja di tempat lain. Maka Mohammad pun buntu mencari abangnya. Tidak tahu ke mana arah lagi untuk mencari abangnya, Ahmad. Menyesal Mohammad menuduh abangnya tidak tentu hala dengan bukti yang tidak kukuh. Apabila ia kepenatan mencari abangnya, maka ia berehat di sebuah kafe berhadapan sebuah syarikat. Ketika Mohammad sedang menjamu selera di kafe tersebut, sebuah kereta mewah telah berhenti di hadapan kafe tersebut. Mohammad tidak mengetahui bahawa tuan empunya kereta tersebut adalah abangnya. Apabila turun sahaja tuan empunya kereta tersebut, maka barulah Mohammad menyedari bahawa ia adalah abangnya. Segera Mohammad bertegur sapa dengan abangnya Ahmad.

Si Mohammad tidak menyangka abangnya akan menjadi kaya sebagini. Abangnya, Ahmad memberitahu bahawa ia telah berkahwin dan apabila ayah mentua meninggal dunia, maka segala harta yang dimiliki ayahnya mentuanya itu diwarisinya. Maka ia berkongsi bersama isterinya. Mohammad memohon maaf kepada abangnya atas kesalahan yang di lakukannnya terhadap abangnya dahulu. Ahmad memaafkan adiknya dan mengajak Mohammad tinggal bersamanya. Maka Mohammad tinggallah bersama-sama abangnya di Kuala Lumpur dan rumah pusaka ibunya itu telah di sewa kepada orang. Maka hidup bergembiralah Mohammad bersama abangnya Ahmad. Bak kata peribahasa "Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga"

Malam yang sunyi....

Pada malam ini amat sunyi sekali.....dibuai angin mendayu-dayu......malam yang begitu indah sekali dengan adanya bulan di atas langit....maka terpancarlah cahaya bulan itu terang benderang untuk menyuluh di muka bumi ini.....malam ini tidak seperti malam-malam sebelum ini....kerana ia begitu berbeza sekali bagi seseorang.....apakah ia????......malam ini sememangnya sunyi dari segala bunyi-bunyian yang biasa didengari oleh orang ramai seperti malam sebelumnya.....tetapi sememangnya itulah yang paling bagus kerana tidak menganggu orang ramai untuk melakukan ibadah di masjid.....sesuatu yang mungkin berbeza sekali pada malam ini kerana sesuatu telah bermain di fikiran ini.....apakah itu???......sesuatu yang mungkin tidak dapat kita nafikan......ataupun sesuatu yang luar biasa yang mungkin berlaku di luar kawalan kita........sesuatu yang mungkin kita tak tahu apakah ia......hanya diri inilah dan Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya.......di malam yang sunyi inilah di mana kita selalu bermunajat pada Allah....berdoa padanya.....memohon keampunan padanya supaya dosa kita diampunkan oleh Allah.....di malam yang sunyi ini jugalah....kita bangun qiamullail....membuat solat tahajjud.....solat hajat.....dan juga solat-solat yang lain......selalu bermain di fikiran kita.....pada yang malam yang sunyi ini....apa yang harus kita lakukan????.....kita sendiri harus tahu apa yang patut kita lakukan.....adakah ke arah perkara kebaikan ataupun kejahatan.....fikirkanlah......di malam yang sunyi dan juga indah ini.......terdapat sesuatu yang berlainan bagi seseorang dan juga orang lain.....di mana ia tersimpan di dalam hati masing-masing....yang sendiri mengetahuinya......di mana manusia ini mempunyai sifat nuraninya yang tersendiri......suatu sifat yang semulajadi....dimana ia ada sejak dari kecil lagi.....ataupun lebih mudah sejak azali lagi.....suatu sifat yang sememangnya kita boleh ubah samada kebaikan atau keburukan....ikutlah hati nurani ini......jangan sesekali kita mematuhi jika hati ini mengajak kita ke arah kejahatan.....maka kita harusah selalu berbuat kebaikan sesama manusia, binatang dan juga yang lain......jangan sesekali kita menganggap sesuatu bencqna atau musibah pada diri kita mahupun orang lain adalah perkara yang remeh......anggaplah ia sebagai satu dugaan daripada Allah.....sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui Lagi Maha Penyayang pada makhluknya.....

Rabu, 3 Ogos 2011

jilid 1

Di bulan Ramadan ini....teringat akan si anak si ibunnya....kerana apabila ia pergi ke bazaar ramadan....ia ternampak satu orang mak cik ini sedang berniaga di situ.....dan mak cik tersebut menjual laksam......iaitu makanan yang di sukai ibunya......terasa dirinya ingin membelinya.....tetapi apabila memikirkannya kembali......tidak ada siapa yang mahu makannya.....kerna di rumah yang didiaminya hanya tinggal tiga orang sahaja penghuni.......apabila beli banyak-banyak...ia akan membazir......sesunggunhnya membazir itu adalah amalan syaitan.....maka ia pun tidak membelinya dengan hati yang begitu berat sekali.....maka ia berjalan dengan penuh ramah mencari makanan untuk berbuka puasa.....apabila sampai di suatu gerai yang menjual kuih-muih......ia teringat akan kuih yang selalu ibunya makan iaitu kuih apam.....dirinya cuba membeli apam tersebut dan makan seorang dirinya.....maka ia begitu seronok sekali.....tetapi ia ingin sekali memberi kepada ibunya....apabila dilihatnya dari sudut.....maka ia berasa sedih....kerana ia sudah terlupa kerana ibunya tidak ada....kerana di tempat itulah ibunya selalu berada dan tidak pernah mengubah tempatnya ke tempatnya yang lain......mulutnya ingin berkata-kata tetapi bagaikan terkunci apabila melihat tempat ibunya.....seolah-olah ibunya masih ada di situ.....sesuatu yang ingin membuat menangis tetapi di tahan tangisan itu.....dan meluahkan segala tangisan di kamar tidurnya.......sehinggakan ia tertidur sambil mengingati ibunya......baru 3 hari berpuasa.....terasa seperti suara ibunya kedengaran di telinganya.....cara ibunya bercakap....memberi nasihat....dan sebagainya lagi.....sehinggakan segala yang di dalam diri ibunya itu ia tidak bisa melupakan.....ingin sekali ia meluahkan semuanya.....namun ia tidak berdaya.......