Powered By Blogger

Selasa, 1 Februari 2011

Syiah Imamiah

Syiah Imamiah juga dikenali sebagai Syiah 12. Mereka juga mengaku sebagai mazhab Ahlul Bait (keturunan Rasullulah) dan hanya kumpulan mereka sahaja yang mencintai Ahlul Bait. Kumpulan ini juga adalah satu kumpulan yang yakin bahawa saidina Ali Bin Abi Thalib adalah lebih berhak menjadi khalifah berbanding tiga sahabat yang lain iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Bin Al-Khattab dan Uthman Bin Affan.
Kumpulan dinamakan Syiah 12 kerana mereka yakin terdapat 12 imam yang maksum dalam fahaman mereka. Mereka juga percaya bahawa imam ke-12 mereka iaitu Muhammad Al-Mahdi Bin al-Hassan Al-'Askari atau dikenali dengan nama Imam Mahdi telah hidup tetapi dia ghaib apabila memasuki sebuah gua di Samara Iraq.
Penganut Syiah Imamiah sangat dominan di Teheran setelah tertubuhnya Republik Islam selepas berlakunya Revolusi Iran pada akhir 1970-an dan awal awal 80-an.
Imam Khomeini yang memimpin gerakan muda dalam revolusi tersebut kemudiannya telah diangkat sebagai pemimpin Republik Islam Iran yang pertama dengan memakai gelaran Ayatullah Rohullah. Selain daripada itu sebahagian besar pengikut fahaman ini terdapat di Iraq dan lain-lain negara seperti Pakistan, Syria dan Lebanon