Powered By Blogger

Khamis, 16 Disember 2010

Pentingya sifat perawi hadis

Sifat perawi hadis amat penting dalam sesuatu periwayatan hadis. Sesebuah hadis boleh menjadi sahih, hasan, dhaif, mardud dan sebagainya berdasarkan sifat perawi hadis tersebut.
  • Hadis sahih adalah hadis yang disambung sanadnya daripada awal hingga akhir sanad.Perawi yang meriwayatkan hadis-hadis ini mempunyai kriteria seperti adil, dhabit (kuat ingatan), tidak ada kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan dan tiada syaz (ganjil)
  • Hadis hasan pula, mempunyai sanad yang bersambung dari awal hingga akhir, perawi yng adil, tiada kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan, tiada syaz (keganjilan) dari sudut matan, cuma sifat perawi kurang dhabit berbanding darjat sahih.
  • Manakala hadis dhaif ialah hadis yang tidak menepati syarat-syarat untuk diterima sebagai hadis sahih atau hasan. Antaranya, tidak cukup syarat sahih disebabkan wujudnya kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan, perawi kurang dhabit, sanad tidak bersambung dan syaz.

hadis nabi

Daripada Anas bin Malik r.a Nabi SAW bersabda: "Kalau makanan telah dihidangkan dan sembahyang telah datmg waktunya, maka makanlah terlebih dahulu!" (Sahih Bukhari)

Saidina Umar Orang Pertama

  1. Pertama digelar Amirul Mukminin
  2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
  3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
  4. Pertama mengharamkan nikah mut'ah
  5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
  6. Pertama menubuhkn jabatan-jabatan
  7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
  8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
  9. Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)

Rabu, 8 Disember 2010

Panduan Menjauhi Sihir

  1. Sentiasa memelihara solat lima waktu dan menjaga kualiti solat
  2. memperbanyakkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan zikir secara berterusan serta komited
  3. Mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah
  4. Membaca tiga surah terakhir (tiga Qul) setiap hari sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang
  5. Mengamalkan ayat Al-Kursi (ayat 255 daripada surah Al-Baqarah) selepas solat
  6. Membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada waktu malam
  7. Mengamalkan zikir "La ilaha illah wahdahu la syarikalah,lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa 'ala kulli sya>in Qodir" sebanyak 10 kali
  8. Mengamalkan bacaan "A>uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq
  9. Amalkan juga bacaan surah-surah lain seperti A'araf, Yunus, dan Toha

Datangnya Kematian Menurut Al-Quran

  1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindari risiko-risiko kematian. Katakanlah (ya Muhammad): "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akn mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hatinya". (Ali Imran:154)
  2. Kematian akan mengejar sesiapapun walaupun ia lari menghindar Katakanlah:"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu lakukan". (Al-Jumu'ah:8) 

Khamis, 2 Disember 2010

Khasiat Ikan Keli

Kajian yang dilakukan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli merupakan sumber protein yang baik, kaya asid lemak asid omega-3, rendah kolestrol, dan lemak tepu.
Diterbitkan di dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika, kajian itu menjelaskan dengan tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3, ikan keli efektik dalam merawat penyakit gastrousus, neurologikal, kardioaskular selain membantu melancarkan sistem peredaran darah di dalam darah.
Pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli dalam seminggu dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung. Selain itu, ikan keli juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak kerana tinggi kandungan DHA