Powered By Blogger

Ahad, 13 Mac 2011

Bagaimana mengelak muflis

  Muflis sama ada di dunia mahupun di akhirat boleh dielak jika setiap umat Islam pandai mengurus hidupnya dengan sempurna. Selain menambah dan membanyakkan harta, umat Islam lebih patut membanyakkan amal ibadah dan kebajikan.
  Dalam Islam ibadah terbahagi kepada dua, ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus merupakanibadat langsung untuk Allah seperti  solat, puasa, zakat dan haji sama ada fardhu mahupun sunat. Manakala ibadat umum, segala pekerjaan yang bersifat dunia, namun Allah menilainya sebagainya ibadah.
  Sebagai umat Islam kita tidak seharusnya rasa keberatan  untuk melakukan ibadah khusus ini dengan sebaiknya kerana apa yang dilakukan ini merupakan persembahan yang hendak diserahkan kepada Allah.  Kalau kita persembahkan itu secara lebih kurangtentu nilainya akan terlebih kurang juga.
  Begitu juga kalau kita melakukan ibadah umum, membuat kebajikan kepada masyarakat melalui firmanya, melalui NGO yang dipimpinnya, jika semuanya dilakukan dengan sebaiknya, pasti Allah menilainya dengan baik. Seorang pekerja di sesebuah syarikat juga boleh menambahkan pahala ibadah dengan melaksanakan amanah syarikat dengan sempurna.
  Percayalah dengan pahala yang berjaya dikumpulkan melalui persembahan yang terbaik kepada Allah itu akan menjadikan dana yang boleh menyelamatkan mereka di akhirat nanti. Namun kedudukan yang baik ini janganlah pula dicemari dengan dosa mereka kepada Allah dan dosa terhadap manusia di dunia ini.
  Perlu di jelaskan di sini, dosa manusia terhadap Allah boleh diampun oleh Allah dengan taubat nasuha. Allah yang Maha Pengampun tidak mampu membiarkan hambanya dalam keadaan berdosa. Tetapi kalau dosa itu melibatkan manusia, mereka perlu meminta maaf kepada manusia yang terlibat. Kalau tidak, dosa mereka akan berkekalan sehingga ke hari akhirat.
  Jadi, setiap kali melaukan dosa, segaralah bertaubat. Dan bermohon maaflah dengan manusia sekali kita tidak melakukan dosa terhadap mereka. Jika semua ini dapat dilakukan nescaya peluang untuk menjadi muflis di akhirat amat tipis.
  Tegasnya, muflis di dunia dan akhirat boleh ditangani dengan baik oleh umat Islam jika mereka pandai mengurus kehidupan mereka sesuai dengan peruntukan dan peluang yang Allah berikan kepada mereka. Oleh sebab itu selamat diri anda daripada menjadi mangsa muflis..

Jumaat, 11 Mac 2011

Hamba-Nya Yang Muflis

Dalam kehidupan sehari-hari kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan dosa sesama manusia. Namun kenyataannya pada hari ini segelintir daripada kita secara terangan melakukan pelbagai kesalahan daripada orang lain iaitu:
  1. Mencabuli kehormatan dan harga diri seseorang melalui fitnah, mengumpat dan mencaci
  2. Merosakkan harta benda dengan meropa, menyamun, mencuri, menipu dan sebagainya
  3. Mencabuli keselamatan dan kebahagiaan orang lain dengan cara keganasan, penderaan mental dan fizikal, pukul, bunuh, perbuatan sihir, ilmu hitam dan sebagainya.
  4. Merosakkan rumahtangga melalui perbuatan curang dengan suami atau isteri yang menyebabkan runtuhnya institusi rumahtangga