Powered By Blogger

Selasa, 30 April 2013

Berbaik Sangka........

                   Berbaik sangka membuka ruang untuk orang lebih mendekati kita. Sebaliknya sikap bersangka buruk akan menyebabkan orang lain juga berprasangka buruk terhadap kita.

                   Nabi selalu mengingatkan kita mengenai hal ini, maksudnya: "Berwaspadalah kalian daripada bersikap buruk sangka. Sesungguhnya sangkaan buruk itu perbuatan yang paling dusta. Dan usahlah kamu mencari-cari keaiban dan kesalahan orang lain." ( Riwayat al-Bukhari)

                 Pada suatu hari seorang lelaki bersembang dengan Talhah bin Ubaidillah. Dia mempertikaikan Abu Hurairah. Lalu Talhah berkata:
                  "Abu Hurairah selalu menunggu di pintu rumah Rasullulah. Jangan hairanlah sekiranya dia mendengar apa-apa yang kita tidak mendengar. Adakah engkau mendapati seseorang yang memiliki kebaikan sanggup berdusta atas nama Rasullulah?" (Riwayat al-Tirmizi)

Berlapang dada.....

                  Berlapang dada bukanlah satu perkara mudah, namun tidak mustahil. Lebih-lebih lagi jika berkaitan penganiayaan yang dilakukan atas kita. Cuba kita ubah cara berfikir untuk berlapang dada.

                 Sematkan dalam diri bahawa kejahatan tidak semestinya perlu dibalas dengan kejahatan. Naik setahap lagi, usahakan diri untuk membalas kejahatan dengan kebaikan. Pasti meninggi kedudukan kita di sisi Allah.

                Pernah satu ketika seorang Arab Badwi menyentap selendang yang dipakai Nabi s.a.w. Akibatnya berbekas leher Baginda. Si Arab Badwi tersebut menuntut: "Wahai Muhammad, perintahkan orang supaya memberikan aku sebahagian harta Allah yang berada di sisimu!"

               Sebagai reaksi, Rasullulah hanya menoleh kepadanya sambil tersenyum. Kemudian Baginda memerintahkan agar diberikan harta baitulmal kepadanya. (Riwayat Bukhari)

Merendah Diri........

                Merendah diri tidak bermaksud kita menjatuhkan maruah diri. Sebaliknya, merendah diri akan membina dan mengukuhkan persaudaraan. Maka tidak hairanlah orang yang suka merendah diri akan mudah didampingi oleh orang lain.

               Merendah diri berlawanan dengan menyombong diri. Jika merendah diri dapat membina perhubungan, maka menyombong diri pula meruntuhkan persaudaraan.

              Nabi berpesan, mafhumnya: "Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku agar bertawaduk sehingga tidak ada orang yang menyombong diri antara satu sama lain." (Riwayat Muslim)

             Usah terbuai diolek panggilan Dato', Yang Berhormat, doktor atau ustaz dan sebagainya. Itu semua kedudukan yang diberikan manusia. Belum tentu tinggi di mata manusia, akan tinggi di sisi Allah.

Senyum...........

           Kadangkala kita tidak sedar bahawa senyuman ialah kunci untuk memecahkan tembok diri antara kita dengan orang lain. Walaupun bunyinya mudah, namun tidak ramai orang membudayakannya.

          Senyuman mempunyai "kuasa" untuk menarik orang lain mendekati kita. Dengan senyuman, akan terjalin satu ikatan jiwa. Inilah antara rahsia Rasullulah disukai dan mudah didekati oleh oleh para sahabat dan masyarakat pada ketika itu.

          Baginda seorang yang suka melemparkan senyuman. Tawanya juga berupa senyuman. Abdullah bin al-Haris menjelaskan: "Saya tidak pernah melihat seseorang yang sering tersenyum  lebih daripada Rasullulah." (Riwayat al-Tirmizi)

Isnin, 29 April 2013

"Kenapa engkau menolak pinangan Yahudi?"

               Terdapat seorang lelaki di Kufah yang sangat membenci Sayyidina Uthman. Dia bukan hanya mencela Sayyidina Uthman, malah membuat tuduhan dusta yang sangat kotor. Antara tuduhannya: "Uthman bin Affan sebenarnya bukan Muslim, tetapi Yahudi!"
               
             Para ulama Kufah berkali-kali menasihati dan memujuknya, namun orang jahil ini tetap enggan menarik kembali tuduhan keji tersebut.
             
            Imam Abu Hanifah yang turut berada di Kufah berhasrat untuk menyedarkan lelaki itu.

           Beliau pergi ke rumahnya. Menariknya, bukan untuk berceramah tetapi untuk meminang puterinya.
           
        Abu Hanifah berkata:"Hasrat kedatangan saya ini adalah untuk meminang puteri tuan. Saya berminat untuk menikahkannya dengan seorang pemuda yang berketurunan mulia. Beliau seorang yang kaya-raya, menghafal al-Quran, dermawan, selalu menunaikan solat malam, dan sering menagis kerana takutkan Allah."
         
        Sudah tentu lelaki itu sangat gembira menyambut pinangan orang tersebut. Sifat-sifat yang disebutkan itu merupakan kualiti menantu terbaik yang menjadi impian setiap bakal mentua.
        
       Dengan penuh semangat lelaki Syiah itu berkata: "Sungguh hebat orang ini. Aku sedia menerima pinangannya."
       
      Abu Hanifah berkata: "Namun, dia mempunyai satu kekurangan."
      
     "Apakah kekurangannya itu?"
      
     "Dia seorang Yahudi!" jawab Abu Hanifah tenang.
     
     "Apa? Engkau ingin menikahkan anakku dengan orang Yahudi?! Aku tidak akan menerima pinangannya!"

       Abu Hanifah berkata: "Kenapa engkau menolak pinangan orang Yahudi? Bukankah Nabi sendiri menikahkan puterinya dengan seorang Yahudi?"
      
      Jelaslah bahawa Abu Hanifah sebenarnya menyindir lelaki itu yang menuduh Uthman bin Affan seorang Yahudi. Padahal beliau menantu Rasullulah.          
       
     Lelaki itu mula sedar akan kesalahannya. "Astaghfirullah. Aku bertaubat kepada Allah!" katanya.
      
    Kisah ini di ambil daripada kitab Abu Hanifah, Hayatuhu wa Ara'uhu karya Imam Abu Zahrah

Ramalanku Benar Belaka.........

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yangku ramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan 
Akhirnya kau tinggalkan 
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu  bertakhta

Hingga ke saat ini 
Ku masih mengenangkan 
Detik-detik terindah
Kesudahan aku parah

Srikandi Cintaku

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hatiku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

Hadiah Kepada Kaabah


  • Umar bin al-Khattab r.a dihadiahkan dua keping hiasan emas berbentuk bulan sabit setelah berjaya menakluk Madain Kisra. Beliau mengarahkan agar ia dihantar dan digantung di dalam dinding Kaabah.
  • Abdul Malik bin Marwan menghadiahkan dua dulang dan dua bekas berisi kristal.
  • Anaknya, al-Walid bin Yazid menghadiahkan dua hiasan emas berbentuk bulan sabit dan sepasang kayu katil yang kukuh kepada Kaabah.
  • Khalifah al-Mansur menghadiahkan gelas-gelas dan kristal persis  daripada khazanah Firaun. 
  • Khalifah al-Ma'mun menghadiahkan permata nilam yang hebat.
  • Khalifah al-Mutawakkil al-Abbasiyy menghadiahkan dulang emas yang dihiasi dengan batu permata, delima dan batu zabarjad serta seutas rantai emas.
  • Sebahagian raja yang memeluk Islam menghadiahkan patung berhala dalam bentuk manusia yang diperbuat daripada emas dan sebagainya.
  • Khalifah al-Mu'tasim memberi hadiah sebuah peti yang mengandungi seibu dinar
  • Kaabah pernah menerima segelung emas bertatahkan permata dan batu jed yang sangat besar. Beratnya dikatakan mencecah 24 mithqal, lebih kurang 100g mengikut kiraan metrik semasa.

Ada Apa Di Dalam Kaabah?

      Soalan ini pernah di tanya kepada para masyaikh. Kebiasaannya mereka akan menjawab dengan jawapan yang mudah dan ringkas: "Tiada apa-apa di dalam Kaabah kecuali tiga batang tiang yang menongkat bumbung Kaabah."
    
     Fatwa bernombor 9016 oleh Markaz Fatwa bagi laman IslamWeb.Net menjelaskan bahawa sebahagian individu yang boleh dipercayai (thiqah) telah diberi peluang masuk le dalam Kaabah. Menurut mereka, tiada apa-apa yang tinggal kecuali beberapa buah kerusi dan meja. Bahagian di dalam Kaabah dipenuhi dengan batu marmar.
     
    Sejarah tiang Kaabah bermula sewaktu orang Quraisy membina Kaabah. Mereka telah menutupnya dengan atap dan disokong oleh enam tiang sebanyak dua baris. Setiap baris mempunyai tiga batang tiang.
     
    Kemudian, ketika pembinaan semula Kaabah oleh Ibn Zubair, beliau telah menjadikannya hanya tiga batang tiang  yang menongkat Kaabah dan atapnya. Jarak antara setiap tiang adalah 2.35 meter.
     
    Di sebelah kanan pintu Kaabah disediakan tangga untuk naik ke atas bahagian atap Kaabah.

 
                    (Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, 
                    Makkah Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah, hlmn. 78)