Powered By Blogger

Isnin, 29 April 2013

Ada Apa Di Dalam Kaabah?

      Soalan ini pernah di tanya kepada para masyaikh. Kebiasaannya mereka akan menjawab dengan jawapan yang mudah dan ringkas: "Tiada apa-apa di dalam Kaabah kecuali tiga batang tiang yang menongkat bumbung Kaabah."
    
     Fatwa bernombor 9016 oleh Markaz Fatwa bagi laman IslamWeb.Net menjelaskan bahawa sebahagian individu yang boleh dipercayai (thiqah) telah diberi peluang masuk le dalam Kaabah. Menurut mereka, tiada apa-apa yang tinggal kecuali beberapa buah kerusi dan meja. Bahagian di dalam Kaabah dipenuhi dengan batu marmar.
     
    Sejarah tiang Kaabah bermula sewaktu orang Quraisy membina Kaabah. Mereka telah menutupnya dengan atap dan disokong oleh enam tiang sebanyak dua baris. Setiap baris mempunyai tiga batang tiang.
     
    Kemudian, ketika pembinaan semula Kaabah oleh Ibn Zubair, beliau telah menjadikannya hanya tiga batang tiang  yang menongkat Kaabah dan atapnya. Jarak antara setiap tiang adalah 2.35 meter.
     
    Di sebelah kanan pintu Kaabah disediakan tangga untuk naik ke atas bahagian atap Kaabah.

 
                    (Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, 
                    Makkah Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah, hlmn. 78)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan