Powered By Blogger

Isnin, 18 Februari 2013


Kolej Islam Darul Ridzuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
Sultan Azlan Shah Islamic University College

Moto:Berilmu, Beriman, Beramal, Berehsan
Ditubuhkan
 pada
:
1999
Jenis:Kolej Universiti swasta
Pengerusi:Sultan Azlan Shah
Rektor:Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain
Lokasi:Bukit ChandanKuala KangsarNegeri PerakMalaysia
Laman sesawang:www.kiperak.edu.my
Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) atau nama rasminya ialah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) adalah sebuah kolej universiti islam yang terletak di Bukit Chandan,Kuala KangsarNegeri PerakMalaysia.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Sejarah

KUISAS (dulu KISDAR) adalah hasil cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada tahun 1986. Ia kemudiannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Datuk Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh baginda pada 16 Oktober 1999. KISDAR telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mac 2002.
Pada 8 Februari 2006, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan kerja-kerja pembinaan kampus tetap KISDAR (sekarang KUISAS) di atas sebidang tanah yang diwakafkan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Chandan Putri,Kuala Kangsar. Kampus tetap dengan kos pembinaan mencecah RM66 juta ini kemudiannya siap pada tahun 2008.
Pada 16 Julai 2009, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah merasmikan kampus tetap KISDAR di Bukit Chandan. Sultan Perak berharap KISDAR akan dinaiktaraf menjadi kolej universiti Islam pada satu masa nanti.
Sekarang, KISDAR dikenali umum sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) yang dirasmikan oleh Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada bulan April 2012.
Graduan KISDAR boleh melanjutkan pengajian di universiti ternama di Jordan (seperti Universiti Mu'tah, Universiti Hashimiyyah, Universiti Al al-Bayt, Universiti Yarmouk & Universiti Jordan) serta Syria dan juga Mesir.[1]

[sunting]Identiti

  • Moto
Berilmu, beriman, beramal, berehsan
  • Falsafah
Mengintegrasikan Ilmu, Iman, Amal dan Ehsan
  • Wawasan
Beriltizam untuk membina Kecermelangan Generasi

[sunting]Organisasi KUISAS

[sunting]Pengurusan Tertinggi

  • Rektor: Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain [1] (491128-08-5883)
  • Timbalan Rektor: Dr. Ahmad Husni Hasan
  • Bendahari: Pn. Nur Raihan Mohamed (831203-08-5428)
  • Pengarah Pusat Kembangan: En. Sofian Sauri Hussein
  • Pengarah Pusat Islam: En. Wahyu Hidayat Abdullah (810601-08-5439)

[sunting]Dekan-Dekan

  • Dekan Fakulti Syariah Islamiyyah: En. Mohamad Rizal Mohamed Nor
  • Dekan Fakulti Usuluddin: En. Suhaimi Abdul Wafir
  • Dekan Fakulti Bahasa & Kesusasteraan Arab: En. Mohd Arif Jusoh
  • Dekan Fakulti Pengurusan: En. Tajul Azli Sahadan
  • Dekan Fakulti Teknologi Maklumat: Dr. Ummu Salmah Mohd Hussin (730428-08-6330)
  • Dekan Pusat Bahasa & Pengajian Asasi: En. Azmi Ahmad
  • Dekan Hal Ehwal Pelajar: En. Mohd Fuad Mokhtar

[sunting]Jabatan Di Bawah Pusat Kembangan

  • Jabatan Penyelidikan: En. Berhanudin Ahmad
  • Jabatan Penerbitan: En. Shahril Hezrin Shamsuddin
  • Jabatan Persidangan: En. Mohd Faizal Abdul Khair
  • Jabatan Latihan Akademik: Pn. Nurul Aisyah Mohd Jaafar

[sunting]Program Akademik

[sunting]Pusat Pengajian Islam

  • Diploma Syariah Islamiyyah
  • Diploma Usuluddin
  • Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab

[sunting]Pusat Pengajian Pengurusan

  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Perbankan dan Kewangan Islam
  • Diploma Perakaunan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan