Powered By Blogger

Selasa, 19 Jun 2012

Suatu Kehidupan Baru.....

Aku telah bermula satu kehidupan baru.....perubahan baru....kawan yang baru dan juga tempat yang baru...walaupun sudah beberapa kali datang ke sini sebelum ini.....aku kini berada di sebuah kolej islam yang bernaung di bawah kerajaan negeri iaitu Kolej Islam Darul Ridzuan ataupun lebih dikenali sebagai Kisdar.....tidak lama nanti akan dinaiktarafkan kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah...ataupun singkatannya Kuisas.....sememangnya aku ama bertuah apabila dapat masuk ke sini....kerana terdapat kawan-kawan lama samada dari Madrasah Idrisiah mahupun dari Sekolah Rendah Al-Furqan.....inilah kawan-kawan yang aku kenali begitu lama.....dan aku juga mempunyai kawan-kawan yang baru....begitu ramai sekali....ada yang dari Sabah....Kedah....Perlis dan lain-lain lagi....ada juga rakan-rakan dari luar negara....seperti Kemboja...Thailand dan juga Singapura.....tp nasib baik aku boleh bercakap dua loghat....iaitu loghat utara dan juga loghat perak kuale....aku boleh menggunakan kelebihan yang aku ada ini....aku tidak sia-siakan....di Kisdar ini aku mengambil kos Usuluddin....di mana kos Usuluddin ini membincangkan mengenai ilmu tauhid atau lebih di kenali sebagai ilmu Aqidah.....jikalau memikirkan kembali mengenai kos Usuluddin ini....sebenarnya agak berat untuk membawanya....tetapi aku yakinkan diri aku supaya aku boleh membawa kos ini dengan sebaik mungkin....tetapi aku berasa amat gembira kerana mempunyai rakan-rakan yang happy good lucky....yang boleh membuatkan orang ramai ketawa riang dan juga senyum selalu.....rasa sedih yang terpendam atau terbuku di dalam hati ini hilang dan reda dengan perlahan-perlahan.....ini bagusnya mempunyai kawan-kawan yang ramai....bak kata orang..."berkawan biar beribu, berkasih biar satu".....oleh itu renung-renungkanlah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan