Powered By Blogger

Rabu, 14 September 2011

kemudahan yang perlu dipelajari oleh seorang musafir.....

Ketahuilah, seseorang musafir itu memerlukan dalam pelayarannya bekal bagi kepentingan dunianya dan juga akhiratnya.
adapun bekal yang diperlukan dalam pelayaran di dunia, ialah makanannya, minuman dan lain2 keperluan, seperti nafkah--nafkah dalam perjalanan.Jika ia keluar berlayar tanpa keperluan2 ini boleh juga, kiranya pelayaran itu bersama-sama kafilah ataupun dalam pelayaran yang pendek antara beberapa perkampungan yang bersambungan. Akan tetapi, jika pelayarannya mengharungi padang pasir seorang diri, ataupun bersama rombongan, sedangkan mereka tiada membawa makanan atau minuman, andaikata mereka itu tergolong orang yang mampu menahan lapar selama seminggu, atau sepuluh hari, ataupun mereka sanggup memakan apa sahajayang mereka dapati di sepanjang perjalanan, seperti rumput dan sebagainya,maka ia bolehlah meneruskan di sepanjang perjalanannya. Jika mereka tiada tergolong orang2 yang mampu menahan lapar, ataupun tidak sanggup makan rumput  di perjalanan, maka pelayarannya tanpa makanan atau minuman itu adalah suatu maksiat. Sebab seolah-olahnya mereka mendedahkan diri mereka kepada kebinasaan. Bukanlah maksud bertawakal di sini dengan menjauhi segala macam sebab sekaligus, kalau tidak tentulah telah diwajibkan keatas manusia sekalian supaya bersabar, sehingga Allah mengutuskan seorang malaikat atau seorang manusia lain yang akan menuangkan air kedalam mulutnya.
Adapun bekal yang diperlukan dalam pelayaran ke akhirat iaitu ilmu pengetahuan yang bakal menunjukkannya dalam urusan toharoh (bersuci), puasa, sembahyang, dan peribadatnya:

  1. Bersusi bagi orang bermusafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh menyapu khuf dan bertayyamum
  2. Bersembahyang fardhu bagi orang musafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh bersembahyang qasar (menyingkatkan) dan boleh bersembahyang jamak (menghimpunkan)
  3. Bersembahyang sunat bagi orang musafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh menunaikan di atas kenderaan binatang ataupun ketika sedang berjalan kaki.
  4. Dalam bulan puasa, bagi orang musafir, diberikan satu kemudahan, iaitu boleh berbuka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan