Powered By Blogger

Jumaat, 5 Ogos 2011

jilid 2.....

Ahmad dan Mohammad adalah dua orang adik-beradik. Mereka berdua mempunyai perangai yang tidak jauh bezanya. Ahmad dan Mohammad ini sangat rapat sehinggakan ke mana sahaja Mohammad pergi, mesti ada Ahmad. Begitu juga sebaliknya. Mereka mempunyai seorang ibu yang sangat baik, tetapi ibunya tidak mampu menanggung mereka berdua kerana ibu mereka terkena penyakit strok akibat darah tinggi. Mereka berdua mempunyai kerja masing-masing. Ahmad bekerja sebagai seorang Eksekutif di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur, manakala adiknya Mohammad bekerja sebagai seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur. Mereka sangat sibuk, tetapi mereka tidak mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap ibu mereka di rumah. Mereka akan mengambil cuti jikalau ibunya terpaksa di hantar ke hospital untuk rawatan yang lanjut.

Pada suatu hari, Ahmad bersama ibunya di rumah, manakala adiknya Mohammad untuk mencari wang bagi perbelanjaan mereka di rumah. Ketika Ahmad sedang memasak makanan untuk ibunhya di dapur, si ibunya memanggil si Ahmad, tetapi ia tidak dengar akan panggilan ibunya. Ketika ibunya memanggil, maka ibunya jatuh dari katil dan badannya berdarah. Barulah Ahmad menyedari bunyi dari dalam biliknya, rupa-rupanya ibunya jatuh dari katil. Segera Ahmad menghantar ibunya ke hospital  dan menunggu rawatan dari doktor. Ketika ibunya sedang di rawat, Ahmad menelefon adiknya, Mohammad untuk segera datang ke hospital kerana ibunya jatuh katil, maka segera Mohammad pergi ke hospital. Apabila Mohammad sampai di hospital, doktor telah memberitahu bahawa ibu mereka sudah tiada lagi. Maka Mohammad telah menuduh abangnya, Ahmad tidak pandai menjaga ibu mereka. Mohammad tidak mengaku lagi Ahmad sebagai abangnya. Maka mereka pun terputus hubungan adik-beradik.

Ahmad berpindah rumah, dan tinggal di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur. Tinggallah Mohammad seorang diri di rumah pusaka ibunya itu. Rumah tersebut, Mohammad telah melakukan perubahan yang amat ketara sekali dengan menggunakan wang simpanannya. Sehinggakan pada suatu hari, Mohammad berhenti kerja sebagai pemandu teksi dan mencari abangnya, Ahmad di Kuala Lumpur setelah hampir setahun berpisah. Mohammad mencari abangnya di tempat abangnya bekerja. Tetapi kerani di tempat abangnya bekerja itu berkata abangnya sudah berhenti dan bekerja di tempat lain. Maka Mohammad pun buntu mencari abangnya. Tidak tahu ke mana arah lagi untuk mencari abangnya, Ahmad. Menyesal Mohammad menuduh abangnya tidak tentu hala dengan bukti yang tidak kukuh. Apabila ia kepenatan mencari abangnya, maka ia berehat di sebuah kafe berhadapan sebuah syarikat. Ketika Mohammad sedang menjamu selera di kafe tersebut, sebuah kereta mewah telah berhenti di hadapan kafe tersebut. Mohammad tidak mengetahui bahawa tuan empunya kereta tersebut adalah abangnya. Apabila turun sahaja tuan empunya kereta tersebut, maka barulah Mohammad menyedari bahawa ia adalah abangnya. Segera Mohammad bertegur sapa dengan abangnya Ahmad.

Si Mohammad tidak menyangka abangnya akan menjadi kaya sebagini. Abangnya, Ahmad memberitahu bahawa ia telah berkahwin dan apabila ayah mentua meninggal dunia, maka segala harta yang dimiliki ayahnya mentuanya itu diwarisinya. Maka ia berkongsi bersama isterinya. Mohammad memohon maaf kepada abangnya atas kesalahan yang di lakukannnya terhadap abangnya dahulu. Ahmad memaafkan adiknya dan mengajak Mohammad tinggal bersamanya. Maka Mohammad tinggallah bersama-sama abangnya di Kuala Lumpur dan rumah pusaka ibunya itu telah di sewa kepada orang. Maka hidup bergembiralah Mohammad bersama abangnya Ahmad. Bak kata peribahasa "Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan