Powered By Blogger

Ahad, 31 Oktober 2010

membeli suplemen

Agak sukar mendapatkan lutein dan zeaxanthin terutamanya daripada makanan kerana memerlukan jumlah hidangan sayuran dan buahan yang banyak. [Nota: secara purata, dalam makanan, zeaxanthin adalah 10 ke 20 kali lebih sedikit daripada lutein]

Cara lain adalah dengan mengambil suplemen yang mengandungi ekstrak bunga Marigold yang dipiawaikan, yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin.

Dua perkara yang perlu diberi perhatian ketika membeli suplemen lutein dan zeaxanthin:
  1. Suplemen itu menggunakan ekstrak bunga Marigold (Tageteserecta) yang dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 15 peratus ester lutein dan 40 peratus zeaxanthin, supaya jumlah dalam setiap kapsul adalah jelas, seperti tertera pada label. Tidak seperti produk herba lain yang menggunakan ekstrak tidak dipiawaikan, ekstrak bunga Marigold yang dipiawaikan menjamin kemujaraban untuk kesan yang lebih baik.
  1. Suplemen itu mengandungi jumlah lutein dan zeaxanthin yang tinggi. Pastikan suplemen itu mengandungi sekurang-kurangnya 6mg lutein yang dipiawaikan, namun 10mg adalah lebih baik. Kebanyakan suplemen lutein dan zeaxanthin mengandungi zeaxanthin dalam jumlah yang terlalu sedikit - mikrogram (mcg) sedangkan kajian mendapati zeaxanthin hanya bermanfaat jika jumlahnya lebih tinggi iaitu sekurang-kurang 5mg setiap hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan