Powered By Blogger

Jumaat, 22 November 2013

Sejuta Wajah

Dinginnya hari itu
Dalam gerimis suasana
Ketika cahaya malap
Dalam pelukan rindu
Menatap sejuta wajah

Bisik peluk hawa itu
Sedih merayu di hatiku
Ke mana dikau sayang
Lelah terbaring maya
Mencarimu tiada

Keluhan hati ini
Ku takut akan luka lagi
Terbayang sejuta wajah
Mana oh manakah dia
Inginku bersamanya

Indahnya hari ini
Mengejar bayangan wajahmu
Apakah aku lupa
Kamelia telah tiada
Kamelia telah tiada

Tiada ulasan:

Catat Ulasan