- Hadis sahih adalah hadis yang disambung sanadnya daripada awal hingga akhir sanad.Perawi yang meriwayatkan hadis-hadis ini mempunyai kriteria seperti adil, dhabit (kuat ingatan), tidak ada kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan dan tiada syaz (ganjil)
- Hadis hasan pula, mempunyai sanad yang bersambung dari awal hingga akhir, perawi yng adil, tiada kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan, tiada syaz (keganjilan) dari sudut matan, cuma sifat perawi kurang dhabit berbanding darjat sahih.
- Manakala hadis dhaif ialah hadis yang tidak menepati syarat-syarat untuk diterima sebagai hadis sahih atau hasan. Antaranya, tidak cukup syarat sahih disebabkan wujudnya kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan, perawi kurang dhabit, sanad tidak bersambung dan syaz.
Khamis, 16 Disember 2010
Pentingya sifat perawi hadis
Sifat perawi hadis amat penting dalam sesuatu periwayatan hadis. Sesebuah hadis boleh menjadi sahih, hasan, dhaif, mardud dan sebagainya berdasarkan sifat perawi hadis tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan