Berlapang dada bukanlah satu perkara mudah, namun tidak mustahil. Lebih-lebih lagi jika berkaitan penganiayaan yang dilakukan atas kita. Cuba kita ubah cara berfikir untuk berlapang dada.
Sematkan dalam diri bahawa kejahatan tidak semestinya perlu dibalas dengan kejahatan. Naik setahap lagi, usahakan diri untuk membalas kejahatan dengan kebaikan. Pasti meninggi kedudukan kita di sisi Allah.
Pernah satu ketika seorang Arab Badwi menyentap selendang yang dipakai Nabi s.a.w. Akibatnya berbekas leher Baginda. Si Arab Badwi tersebut menuntut: "Wahai Muhammad, perintahkan orang supaya memberikan aku sebahagian harta Allah yang berada di sisimu!"
Sebagai reaksi, Rasullulah hanya menoleh kepadanya sambil tersenyum. Kemudian Baginda memerintahkan agar diberikan harta baitulmal kepadanya. (Riwayat Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan