Powered By Blogger

Isnin, 19 September 2011

Menerangkan cara mendidik akhlak.......

Kesederhanaan dalam mendidik budipekerti itu merupakan kesihatan jiwa, sedangkan menyeleweng daripadanya menimbulkan penyakit didalam jiwa. Demikian pula dengan kesederhanaan dalam tabiat badan itu, menyeleweng  daripadanya menjadikan badan itu ditimpa penyakit pula.


Sebagai misalnya, kita ambil badan sahaja sebagai contoh.Kita berkata: perumpamaan jiwa dalam mengusahakan pengubatannya dari sifat-sifat yang rendah dan kelakuan-kelakuan yang buruk dengan menggantikan tempatnya dengan sifat-sifat yang utama dan kelakuan yang molek, samalah seperti perumpamaan badan dalam mengusahakan pengubatannya dari penyakit-penyakit yang membahayakan agar kesihatan dapat mengambil tempatnya. Sebagaimana biasa bahawa tabiat badan itu memanglah condong kepada kesederhanaan, akan tetapi perut sering ditimpa berbagai-bagai bahaya, disebabkan makanan yang tidak tentu, udara yang tidak sihat atau hal-hal yang lain.


Demikianlah keadaannya setiap bayi yang baru lahir. Kelahirannya dalam keadaan sederhana, sepertiman fitrahnya, hanya sesudah itu kedua ibu bapanyalah yang menyebabakan ia ,menjadi yahudi atau nasrani atau majusi. Iaitu dengan jalan kebiasaan dan pengajaran sajalah sifat-sifat kerendahan itu akan tersemat didalam dirinya.


Sebagaimana badan juga, pada mulanya tiadalah dijadikan dalam keadaan cukup kesempurnaan. Tetapi ia menjadi sempurna dan kuat dengan pertumbuhan dan menjaga pemakanan. Maka begitu pulalah yang berlaku pada jiwa. Ia mula dijadikan memanglah tidak sempurna, tetapi bersedia untuk disempurnakan. Dan kesempurnaanya akan berlaku dengan memelihara dan mendidik akhlak serta mengisi jiwa dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan.


Jika badan itu sihat, maka tugas doktor hanya menentukan cara-cara dan peraturan-peraturan yang akan memelihara badan itu sampai terus menerus sihat. tetapi jika badan itu berpenyakit, maka sudah tentulah tugas doktor ialah mencari punca penyakitnya, lau mengusahakan cara pengubatannya, sampai badan itu kembali sihat semula.


Begitu pula halnya dengan jiwa. Jika jiwa anda bersih, suci dan terdidik, maka seharusnyalah anda berusaha untuk melindunginya daripada kekotoran, dan mengusahakan sumber kekuatan dan kebaikan baginya, agar ia bertambah bersih dan murni. Tetapi jika jiwa anda itu tidak sempurna dan tidak murni, maka sepatutnyalah anda lebih kuat lagi untuk menarik sumber kesempurnaan dan kemurnian itu kepadanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan