Powered By Blogger

Khamis, 29 Mac 2012

Untukmu Ibu

Oh Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potretmu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang di beri

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Selasa, 7 Februari 2012

Baldu Biru

Sehelai baldu biru
Yang kau berikan dulu
Lambang cinta mu itu
Ku simpan di kalbu ku
Pasti jua ku buntu
Ohhh...buntu

Cinta si baldu biru
Yang ku dambakan dulu
Ternyata hanya palsu

Anggaplah baldu biru
Semurni cinta ku
Kepada mu

Sejenak ku teringat
Saat manis dulu
Semadi di hati ku
Ingin ku bersama mu
Seperti masa lalu
Ku merindu

Tangisan beribu
Celaru ku celaru
Rindu ku menghantui

Oh..hampa ku hampa
Cinta kau yang ku damba
Meranalah...ooo...

Malam terus kelabu
Baru kini ku tahu
Bagai ditusuk sembilu
ooo...Baldu biru itu
Yang ku beri dulu
Menghiasi kamar mu

Ku terharu

Oooo...ku terharu
Oooo...ku terharu
Ku terharu

Oh oh oh baldu biru
Ku terharu
Baldu biru


Isnin, 30 Januari 2012

jilid 5

Sudah lama aku tidak menulis di blog aku...........kini aku ingin bercerita tentang gelagat orang ramai dan juga kanak-kanak yang hari-hari aku melihat mereka di mana sahaja............gelagat mereka amat mencuit hati aku di saat sedang berjalan-jalan di mana sahaja.......tidak kira di mana sahaja.....di shopping kompleks...mahupun mana sahaja......gelagat yang sememangnya tidak pernah aku lihat sebelum ini........mungkin bagi orang lain, ia adalah perkara biasa....tetapi bagi diriku......ia adalah satu perkara yang baru.....di mana gelagat kanak-kanak membuat aku tersenyum bersendirian........walaupun kanak-kanak itu bersama-sama ibu bapa mereka.....perkara ini membuat aku bertambah suka pada kanak-kanak walaupun kadang kala mereka menyebabkan kita mudah naik marah terhadap perkara yang kita tidak suka.....

Sehinggalah anak saudaraku berkata kepadaku......"pak cik...pak cik.....tadi cikgu adam tanya adam....pak cik dah kerja ke belum....kalau tak kerja....cikgu adam nak ajak pak cik kerja situ....mengajar budak enam tahun.."aku terdiam sejenak dengan pertanyaan anak saudaraku........adakah aku patut menerimanya.......aku terfikir sepanjang malam tentang hal ini.....di mana itu la yang anak saudaraku memberitahuku tentang hal ini sebaik aku pulang dari solat maghrib di surau.........sungguh ku tidak...bagaikan bulan jatuh ke riba......adakah aku harus menerimanya.....

Jumaat, 9 Disember 2011

Sendiri

Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamlah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana 
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa yang lalu

Kini terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri

Selasa, 6 Disember 2011

Dia Untukku

Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantungku, mula jiwaku
Merelakanku jamdi milikmu
Itu yang ku mahu
Itu yang ku mahu cintaku

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang pasti
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai mimpi

Dhia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

Ahad, 4 Disember 2011

Bernafas Dalam Lumpur

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menunding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku nafas bagai dalam lumpur
Kasihan......

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat-menghormati
Panduan.....

Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga....oh...oh

Mahu apa lagi
Akan ku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan

Isnin, 28 November 2011

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah

October 9th, 2011 by admin | Posted under AqidahDakwahGeneralHukum.
  • 0digg
  • 6068
     
    Share

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makanDalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.





2. Banyak bercakapAllah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marahKemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megahIa termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombongSifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

Sumber: www.ustazazhar.net