Powered By Blogger

Selasa, 1 Februari 2011

Syiah Imamiah

Syiah Imamiah juga dikenali sebagai Syiah 12. Mereka juga mengaku sebagai mazhab Ahlul Bait (keturunan Rasullulah) dan hanya kumpulan mereka sahaja yang mencintai Ahlul Bait. Kumpulan ini juga adalah satu kumpulan yang yakin bahawa saidina Ali Bin Abi Thalib adalah lebih berhak menjadi khalifah berbanding tiga sahabat yang lain iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Bin Al-Khattab dan Uthman Bin Affan.
Kumpulan dinamakan Syiah 12 kerana mereka yakin terdapat 12 imam yang maksum dalam fahaman mereka. Mereka juga percaya bahawa imam ke-12 mereka iaitu Muhammad Al-Mahdi Bin al-Hassan Al-'Askari atau dikenali dengan nama Imam Mahdi telah hidup tetapi dia ghaib apabila memasuki sebuah gua di Samara Iraq.
Penganut Syiah Imamiah sangat dominan di Teheran setelah tertubuhnya Republik Islam selepas berlakunya Revolusi Iran pada akhir 1970-an dan awal awal 80-an.
Imam Khomeini yang memimpin gerakan muda dalam revolusi tersebut kemudiannya telah diangkat sebagai pemimpin Republik Islam Iran yang pertama dengan memakai gelaran Ayatullah Rohullah. Selain daripada itu sebahagian besar pengikut fahaman ini terdapat di Iraq dan lain-lain negara seperti Pakistan, Syria dan Lebanon

Ahad, 9 Januari 2011

hukuman bagi pembunuh

Hukum Qisas

Pengertian:Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengn nyawa), melukakan dibalas dengn melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
  • membunuh orang lain dengan sengaja
  • menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja
  • melukakan orang lain dengan sengaja.
Hukuman membunuh orang lain dengn sengaja sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan atau dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan  telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tapi sesiapa yang melepaskn hak membalasnya, maka menjadika ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah ornag-orang yang zalim." (Surah Al-Maidah: 45)

Khamis, 16 Disember 2010

Pentingya sifat perawi hadis

Sifat perawi hadis amat penting dalam sesuatu periwayatan hadis. Sesebuah hadis boleh menjadi sahih, hasan, dhaif, mardud dan sebagainya berdasarkan sifat perawi hadis tersebut.
  • Hadis sahih adalah hadis yang disambung sanadnya daripada awal hingga akhir sanad.Perawi yang meriwayatkan hadis-hadis ini mempunyai kriteria seperti adil, dhabit (kuat ingatan), tidak ada kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan dan tiada syaz (ganjil)
  • Hadis hasan pula, mempunyai sanad yang bersambung dari awal hingga akhir, perawi yng adil, tiada kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan, tiada syaz (keganjilan) dari sudut matan, cuma sifat perawi kurang dhabit berbanding darjat sahih.
  • Manakala hadis dhaif ialah hadis yang tidak menepati syarat-syarat untuk diterima sebagai hadis sahih atau hasan. Antaranya, tidak cukup syarat sahih disebabkan wujudnya kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan, perawi kurang dhabit, sanad tidak bersambung dan syaz.

hadis nabi

Daripada Anas bin Malik r.a Nabi SAW bersabda: "Kalau makanan telah dihidangkan dan sembahyang telah datmg waktunya, maka makanlah terlebih dahulu!" (Sahih Bukhari)