Sabtu, 29 Januari 2011
Ahad, 9 Januari 2011
hukuman bagi pembunuh
Hukum Qisas
Pengertian:Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengn nyawa), melukakan dibalas dengn melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan atau dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tapi sesiapa yang melepaskn hak membalasnya, maka menjadika ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah ornag-orang yang zalim." (Surah Al-Maidah: 45)

- membunuh orang lain dengan sengaja
- menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja
- melukakan orang lain dengan sengaja.
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan atau dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tapi sesiapa yang melepaskn hak membalasnya, maka menjadika ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah ornag-orang yang zalim." (Surah Al-Maidah: 45)
Jumaat, 31 Disember 2010
Khamis, 16 Disember 2010
Pentingya sifat perawi hadis
Sifat perawi hadis amat penting dalam sesuatu periwayatan hadis. Sesebuah hadis boleh menjadi sahih, hasan, dhaif, mardud dan sebagainya berdasarkan sifat perawi hadis tersebut.
- Hadis sahih adalah hadis yang disambung sanadnya daripada awal hingga akhir sanad.Perawi yang meriwayatkan hadis-hadis ini mempunyai kriteria seperti adil, dhabit (kuat ingatan), tidak ada kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan dan tiada syaz (ganjil)
- Hadis hasan pula, mempunyai sanad yang bersambung dari awal hingga akhir, perawi yng adil, tiada kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan, tiada syaz (keganjilan) dari sudut matan, cuma sifat perawi kurang dhabit berbanding darjat sahih.
- Manakala hadis dhaif ialah hadis yang tidak menepati syarat-syarat untuk diterima sebagai hadis sahih atau hasan. Antaranya, tidak cukup syarat sahih disebabkan wujudnya kecacatan dalam hadis yang diriwayatkan, perawi kurang dhabit, sanad tidak bersambung dan syaz.
hadis nabi
Daripada Anas bin Malik r.a Nabi SAW bersabda: "Kalau makanan telah dihidangkan dan sembahyang telah datmg waktunya, maka makanlah terlebih dahulu!" (Sahih Bukhari)
Saidina Umar Orang Pertama
- Pertama digelar Amirul Mukminin
- Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
- Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
- Pertama mengharamkan nikah mut'ah
- Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
- Pertama menubuhkn jabatan-jabatan
- Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
- Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
- Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)
Rabu, 8 Disember 2010
Panduan Menjauhi Sihir
- Sentiasa memelihara solat lima waktu dan menjaga kualiti solat
- memperbanyakkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan zikir secara berterusan serta komited
- Mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah
- Membaca tiga surah terakhir (tiga Qul) setiap hari sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang
- Mengamalkan ayat Al-Kursi (ayat 255 daripada surah Al-Baqarah) selepas solat
- Membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada waktu malam
- Mengamalkan zikir "La ilaha illah wahdahu la syarikalah,lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa 'ala kulli sya>in Qodir" sebanyak 10 kali
- Mengamalkan bacaan "A>uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq
- Amalkan juga bacaan surah-surah lain seperti A'araf, Yunus, dan Toha
Langgan:
Catatan (Atom)