Powered By Blogger

Sabtu, 14 Mei 2011

Gunung Pondok


Penggambaran Misteri Nusantara TV3
         Gunung Pondok sebuah gunung batu kapur dalam kawasan Padang Rengas di Kuala Kangsar. Keadaan sedemikian rupa, pasti mengundang persoalan bagi kalangan pengguna Lebuhraya Utara Selatan dan jalan persekutuan Kuala Kangsar Taiping. Bagi penduduk tempatan, pelbagai kisah misteri dan donggeng mereka alami dan warisi dari generasi ke generasi sehingga kini. Krew Misteri Nusantara membuat segmen kisah misteri di sini.

        Secara kasar pemandangan dari pekan Padang Rengas gunung ini berupa seekor gajah. Namun, penduduk mendakwa daripada cerita yang diwarisi ia merupakan bahtera kepunyaan yang disumpah menjadi batu. Kini dikatakan pergunungan terbahagi kepada 3 iaitu Gunung Pondok, Gunung Ketiak, dan Jerai. Menurut orang-orang tua, kawasan sekitar Padang Rengas dulunya laut. Buktinya penduduk menunjukkan kami ke suatu tempat di kaki gunung ini yang dipanggil Laut Tinggal. Jika di awal 90’an kawasan ini masih berkeadaan baik dan berair. Apabila kejadian haiwan ternakan seperti kerbau seringkali hilang ditelan ke dasarnya memungkinkan batu-batu besar dan sampah dibuang oleh penduduk setempat. Akan tetapi usaha ini gagal malah Laut Tinggal kekal masih belum boleh dikambus. 

        Bentuk gajah yang dilihat ini sebenarnya kesan aktiviti kuari yang dijalankan oleh sebuah syarikat Korea. Pelik bukan? Kenapa separuh sahaja manakala sebahagian lagi tidak terusik. Penduduk maklum akan kisah sebenarnya apa yang misteri di sebalik kejadian ini. Kisah ini bermula seawal aktiviti kuari dijalankan, apabila pihak kuari gagal meletupkan batu di kawasan sebelah sini. Banyak kejadian aneh dan ngeri yang menimpa pekerja sewaktu masa dahulu. Apabila disiasat dan menemui orang-orang tua maka diceritakan bahawa kawasan ini di bawah jagaan jin Islam bersama 3 pertapa manakala kawasan yang boleh diletupkan itu adalah di bawah jagaan jin sebaliknya. Apa yang lebih mengejutkan lagi jikalau kawasan tersebut diratakan maka seluruh kawasan sekitar Padang Rengas akan ditenggelami air. Hal ini bakal terjadi disebabkan kewujudan perigi di dalam kawasan tersebut malah apabila perigi ini pecah, airnya yang bertekanan tinggi pada paras ketinggian ini pasti akan melimpah keluar. Ada yang mendakwa, ahli kajibumi dari Jabatan Geologi di Ipoh mengesahkan penemuan ini. Namun pendapat saya, tidak diketahui akan kebenaran cerita ini samada benar atau khabar angin.


         Terdapat beberapa rangkaian gua di dalamnya, namun hanya kawasan sebelah sini yang masih berkeadaan baik manakala bahagian sebaliknya dikuari malah gua yang digelar batu bersanding telah runtuh. Akan tetapi, bagi kebanyakan orang pernah suatu ketika era awal kemerdekaan dahulu satu ekspedisi pernah dijalankan oleh beberapa orang dari Kampung Paya Lintah, Laneh dan Kroh Hulu. Mereka ini yang ditemani seorang bomoh ingin mengetahui apakah sebenar di dalamnya. Dikatakan asap kemenyan tidak putus-putus dibakar bagi mengelakkan daripada tersesat di dalam rangkaian gua atau sebarang musibah melanda. Telah dipesan dan disepakati untuk tidak melakukan perkara sumbang, takbur, bercakap besar atau membawa pulang walau apapun barang ke rumah. Dari ekspedisi inilah, beberapa waris terdekat  mengetahui serba sedikit kisah di dalamnya antaranya sebuah gua yang mengandungi 2 batu bersanding yang amat menyerupai manusia, kundang menjadi batu dalam keadaan memegang batu lembing dan beberapa pinggan mangkuk. Selain itu, terdapat kawasan kebun cabai yang dijaga rapi dan beberapa orang yang sedang bertapa. Namun, semua ini tinggal cerita apabila bahagian kawasan tersebut telah runtuh dan musnah kesan aktiviti kuari.

Tepi Bekas Laut Tinggal
         Berkenaan pinggang mangkuk, pernah pada masa dahulu penduduk sekitar melakukan kaedah peminjaman pinggan mangkuk di sini. Mereka ini dikatakan meminjam dari golongan bunian bagi majlis kenduri kendara. Kisah penempatan bunian amat diketahui penduduk di sini apabila banyak kejadian mengaitkan orang luar dan orang tempatan dengan gunung ini. Beberapa peristiwa aneh masih segar dalam ingatan antaranya bas sungai siput, majlis kenduri tengah malam dan dialami sendiri oleh Allahyarham Tak Yeh yang pernah  sesat di Hutan Gunung Pondok sewaktu usia belasan tahun lalu dicerita kepada keluarga, anak dan cucunya. Kisah sesat terjadi sewaktu Tak Yeh bersama 3 orang rakannya pergi ke hutan Gunung Pondok mencari hasil Hutan. Di dalam hutan mereka terjumpa pokok mempelam yang lebat buahnya. Mereka memakannya sebagai alas perut namun, berbeza dengan rakan yang lain Tak Yeh mengasingkan beberapa buah mempelam dengan niat di hati untuk dibawa pulang untuk diberikan kepada ibunya. Ditakdirkan sewaktu perjalanan pulang dengan menyusuri lurah hutan, Tak Yeh teringatkan golok kesayangannya tertinggal dipohon mempelam tadi. Beliau memaklumkan kepada rakannya lain iaitu bernama Busu supaya mereka bertiga meneruskan perjalanan untuk pulang ke kroh hulu sementara beliau berpatah balik bagi mengambil balik golok yang tertinggal itu. Setelah berjaya menemui semula golok berkenaan, beliau terus pulang. 

          Akan tetapi tidak semudah yang disangka apabila beliau menyedari telah sesat. Laluan mudah sewaktu nak pulang bersama tiga orang rakannya tadi tiba-tiba bertukar menjadi laluan berhutan tebal dan berduri. Puas menebas hutan belukar yang tebal itu dengan menuruni lurah hutan bukit dan setiap kalinya beliau akan menjumpai sebuah batu besar yang sama. Begitulah keadaan yang berterusan hingga keletihan dan berehat di batuan besar tersebut.


       Apabila menyedari kejadian tersebut merupakan angkara makhluk halus maka Tak Yeh bercakap sendirian memohon maaf sekira apa-apa kesalahan yang beliau lakukan tanpa sedari atau sengaja dan berharap supaya dilepaskan kembali dan minta dikasihani. Hari semakin gelap, melihatkan tiada perubahan maka Tak Yeh mengambil keputusan untuk bermalam di batuan besar tersebut lantas memakan satu persatu buah mempelam hingga habis yang dibawanya bagi mengalas perut. Sementara itu, penduduk Kroh Hulu gempar apabila dimaklumkan ibu Tak Yeh bahawa anaknya masih belum pulang. Tiga rakan karib  dan beberapa orang kampung itu mula melakukan gerakkan mencari di kawasan ini dengan pelita lantin namun kelibat Tak Yeh gagal ditemui. Semasa tidur, Tak Yeh bermimpi seseorang berkata kepadanya, “Lain kali cucu, jika nak makan apa-apa buah di hutan maka makanlah tetapi jangan dibawa pulang walau sedikitpun dengan itu cucu akan sesat jalan pulang. Ingat pesan ini, pagi nanti pulanglah mengikut jalan yang cucu lalui tadi tapi ingat jangan menoleh kebelakang.” Keesokan siangnya, Tak yeh melakukan seperti yang dinasihatkan di dalam mimpinya, apa yang pelik semak belukar yang disangka tebal rupanya tidak malah kembali seperti asal iaitu laluan mudah untuk pulang. Kini, kawasan hutan ini telah diterangi oleh aktiviti manusia dan kesan kerja-kerja kuari. Diakui banyak kisah kejadian sesat berlaku di pergunungan ini.

       Di sinilah, sebuah bas omnibus sungai siput diletakkan dan pemandunya sedang tidur nyenyak. Keberadaannya menimbulkan rasa tanda tanya bagi penduduk yang lalu lalang yang kebetulan ketika pagi itu pasar isnin berlangsung. Hal ini membuatkan seorang penduduk berhampiran menggerakkan pemandu yang sedang tidur itu untuk bertanya apakah gerangan keberadaannya di sini. Alangkah terkejutnya pemandu itu sedar-sedar beliau berada di kaki gunung ini di Padang Rengas. Menurut ceritanya, beliau ditahan dan ditumpang oleh sekumpulan orang yang baik tingkah lakunya dan berserban  meminta dihantar ke suatu kawasan. Yang pelik, beliau menerima permintaan tersebut sungguhpun beliau dalam perjalanan pulang setelah selesai duty pada malam itu. Bayangkan bas sungai siput berada di kaki gunung di Padang Rengas. Dengan tergesa-gesa, beliau memandu basnya pulang. Kisah ini pernah disiarkan dalam majalah Mastika. 

        Malah pernah berlaku diceritakan ( ambil keterangan Tok Din pasal orang bunian mengambil batu pedoman kapal laut di sini dari Pantai Remis )

        Selain kisah tersebut, di tempat yang sama acapkali diceritakan oleh orang luar yang melalui tempat ini dipelawa menghadiri majlis kenduri. Namun, berbeza kerana pelawaan tersebut dilakukan pada lewat tengah malam. Seorang kenalan puan zaleha, menceritakan kejadian yang berlaku pada lewat tengah malam sewaktu dalam perjalanan pulang dari arah lenggong ke Taiping dengan melalui jalan pintas Padang Rengas Lubuk Merbau.  Setiba di kawasan ini, kenderaan yang dipandu beliau sendirian kehabisan minyak. Membingungkan perasaan tangki minyak telahpun diisi penuh sewaktu memulakan perjalanan. Beliau keluar bagi melihat-lihat akan apa yang tidak kena.

       Tidak kejauhan terlihat suatu majlis kenduri yang begitu meriah yang dihadiri kalangan berpakaian serba putih dan berserban lalu dihampiri tuan majlis kenduri dan dijemput penuh hormat ke majlis tersebut. Yang menimbulkan persoalan kenapa majlis ini diadakan pada lewat malam manakala jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Layanannya cukup mesra lebih dari yang diterima seperti selalu jika menghadiri sesuatu majlis kenduri kahwin. Masakannya seperti biasa. Setelah selesai, tuan punya majlis menghantar beliau kembali ke kenderaan lalu beredar. Di dalam kenderaan, beliau hairan bagaimana pula meter minyak menunjukkan masih banyak minyak di dalam tangki. Beliau kemudian meneruskan perjalanan membawa sekali perasaan penuh tanda tanya dan kehairanan. Namun, setelah difikir secara logik akal membuatkan beliau ingin mendapat kepastian sebenar. Justeru, petang keesokan harinya beliau pulang semula ke lenggong lalu singgah di kawasan tersebut namun tiada kesan kelihatan bahawa majlis kenduri kahwin baru dilangsungkan. Membingungkan, lalu beliau bertanyakan orang yang tinggal berhampiran. Jawapan yang diterima mengejutkan bahawa tiada langsung majlis perkahwinan dijalankan oleh orang kampung di kawasan tersebut malah kenduri apa yang dilangsungkan dengan ramai orang pada jam 2.30 pagi.

       Di sini juga, terdapat kejadian penduduk setempat mengalami kejadian pelik. Seorang lelaki berusia lewat 50’an dari arah pendalaman ditahan oleh gadis cantik belasan tahun berambut panjang ingin menumpang untuk ke pekan. Dalam perjalanan gadis ini hanya membisu lalu tidak semena-mena ghaib di kawasan berhampiran gate keretapi Padang Rengas. Pernah dikhabarkan bahawa ada seorang pemuda di kawasan ini pulang sendirian dari ibukota dan tiba jam antara 1 – 2 pagi. Bermula dari sini lah, beliau mengikuti dengan rapat dan perlahan dari belakang akan rombongan 4 orang berpakaian serba kuning sedang mengusung keranda. Timbul dibenak fikiran, malam – malam begini ada juga orang mati yang ingin dikebumikan segera tanpa menunggu keesokkan siang harinya. Beliau dengan sabar tetap  membawa kenderaannya mengikuti dari belakang rombongan membawa jenazah tersebut kerana menurut pesan orang-orang tua kita dilarang mendahului rombongan jenazah kerana dikatakan nanti pendek rezeki lagipun simpang ke rumah beliau tak sampai 300 meter. Apabila tiba di persimpangan ini, beliau barulah berasa lega setelah membelok menghala ke rumah ibunya dan rombongan membawa keranda meneruskan perjalanan mereka dengan lebih laju daripada sebelumnya. Setiba di rumah, beliau bertanyakan kepada ibunya akan kejadian yang berlaku. Setelah diterangkan oleh ibunya bahawa mana ada orang berpakaian serba kuning mengusung jenazah malah pada waktu lewat malam begini, pemuda ini jatuh pengsan dan demam beberapa hari.

        Banyak kali kejadian pelik berlaku, ada penduduk mendakwa terlihat sebuah objek seperti keranda terbang ke arah gunung ini. Malah suatu  masa dahulu penghuni asrama madrasah yahyawiyah yang dikenali sekolah arab pondok oleh penduduk tempatan sering diganggu khasnya buat penghuni asrama perempuan hinggakan kejadian hesteria pada masa dahulu kerap berlaku. Malah di bekas padang bola inilah seekor kambing gurun ditemui di perkarangan padang bola di Sekolah Menengah Tun Perak Padang Rengas. Ramai beranggapan kambing gurun ini berasal dari gunung pondok kerana sebelum itu ada kes kejadian kambing gurun jatuh dan mati ke bawah gunung ini. Malah habitat kambing gurun semakin berkurangan setelah kawasan ini dibangunkan bagi kerja kuari. Pelik bukan? Bagaimana kambing gurun yang berasal dari gunung ini boleh terperangkap dalam padang bola sekolah yang berpagar. Jika dilihat jarak yang harus ditempuhi malah terpaksa melalui petempatan penduduk pekan Padang Rengas apabila difikir secara rasional.


        Selain itu, penduduk sekitar Padang Rengas Kuala Kangsar pernah dikejutkan tragedi batuan besar gunung tiba-tiba runtuh di kawasan bekas petempatan dan sawah padi ini suatu ketika dahulu. Beberapa belas orang terkorban khususnya para pesawah dalam tragedi nahas tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang terkandung kisah misteri kejadian ini. Kejadian ini berlaku ketika waktu tengahari jumaat dalam bulan puasa. Apa yang dikatakan runtuh sebenarnya tidak, batuan-batuan ini jatuh ke bawah seolah-olah dilontar dari lubang ini ke arah sawah dan petempatan tersebut. Ketika itu, sawah padi diusahakan oleh penduduk setempat di kawasan ini. Justeru, dianggap kejadian itu berlaku sebagai bala disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh penduduk. Semoga kisah yang dihimpunkan ini sekadar kisah misteri yang mewarnai kehidupan masyarakat di sekitar Padang Rengas. Slot Misteri Nusantara TV3 ini telah disiarkan pada Isnin 14-3-2005 Sekian.


Penghargaan Pihak Yang Terlibat di Bengkel Labu Sayong Paya Lintah
bulletKeluarga Zaleha Pandak Sidek
bulletAzman Pandak Sidek, Zaleha Pandak Sidek, Along, Angah, Andak dan Iwan.
bulletTok Busu dari Kg. Buaia & Allahyaham Tok Pawang Ali Kg. Stor
bulletIndividu utama dalam menyumbang jalan cerita kisah misteri.
bulletAllahyaham Pandak Sidek Bin Kulup Talib & Allahyarhamah Zawiyah dari Kg. Paya Lintah
bullet25 % Sumber cerita diperolehi daripada Allahyarham dan Allahyarhamah yang merupakan penduduk asal kampung ini.
bulletAllahyarhamah Wah Pe'ah dari Kg. Kroh Hulu
bulletKakak kepada Allahyarhamah Zawiyah.
bulletPenduduk Kg. Paya Lintah ( Mee, Boyak, Angah, Along dan Bedul ) & Kg. Pondok
bulletSekalung penghargaan kepada mereka yang terlibat terutama saudara Boyak dan Bedul (Adik Mijan) kerana sama-sama menjayakan penggambaran ini.
bulletJamaluddin Ngah Abdul Rashid dari Kg. Pondok dan Ustaz Kamal dari Madrasah Yahyawiyah Padang Rengas
bulletIndividu utama dalam menyumbang jalan cerita kisah misteri.
Sila Klik...

Gua Kelam

Gua Kelam Recreational Park Perlis
Gua Kelam Recreational Park

Gua Kelam, Kaki Bukit refers to the 370-metre long limestone cave at the small town of Kaki Bukit. Its name literally means "at a foothill (Kaki Bukit) lies a dark cave (Gua Kelam)". Access to the cave is by way of a suspension bridge. The uniqueness of approach, as well as the experience of walking along the bridge, make a visit to this place an intriguing and adventurous experience.
Gua Kelam Recreational Park Perlis

A subterranean stream flows in the limestone range near Kaki Bukit for about a quarter of a mile long. As in other limestone areas, the stream has built a long cavern over the centuries. This physiographic phenomenon was enlarged throughout the length of the underground stream in 1935 by a resident Englishman who saw it as a marvellous way of transporting tin ore from a mine located near the stream entrance through the underground cavern.

A wooden walkway hangs suspended throughout the length of the underground cavern providing a wondrous means of communication from Kaki Bukit to a valley on the opposite end - the Wan Tangga Valley.

Admission Fee: Adult RM1.00 Child RM0.50

taman tasik taiping

Taiping Lake Gardens

Taiping Lake Gardens

The oldest lake gardens in the country, this park sprawls over 62 hectares at the foot of the hill resort of Bukit Larut. Magnificently sculptured out of the natural environment, these picture-postcard gardens present a serene and panoramic landscape with their lush greenery, lovely lakes and a profusion of colorful flowers and plants. The unforgettable sight here is the huge, ancient angsana trees with their drooping branches that seem to defy the law of gravity.
Taiping Lake Gardens

The Taiping Zoo, probably the oldest zoo in the country, is another attraction located within the Gardens. Visiting hours 8.30 am to 6.30 pm daily.
Taiping Lake Gardens

Fares are RM3.00 for adults, RM1.50 for children, primary student with uniform RM0.50 and secondary student with uniform RM1.00.

Other facilities available at the Gardens include a rest house, fishing and aquabiking in the area.

bukit larut

A nice view from Bukit Larut
Bukit Larut is Malaysia's oldest hill station and founded
in 1884. It's located just ten kilometres from quiet
Taiping in Perak. Formerly it was called Maxwell Hill.
Bukit Larut is approximately 1250m above sea level.
It is located in the wettest part of the country,
this hill station experiences the highest rainfall
in the country.
On the left there is a photo of William Edward Maxwell
(1846 -1897), after whom Maxwell Hill is named.
He was  a British Assistant Resident in Perak.
Bukit Larut is not nearly as developed as more celebrated hill resorts such as the Cameron or Genting Highlands. However, it preserves much more of the atmosphere of a colonial hill station, with modest, welcoming bungalows, carefully cultivated gardens, and a pervasive atmosphere of cool quietude.
Reaching the top of the hill requires a four-wheel drive jeep. Since private vehicles are not allowed entry, the resort authority caters to this service.
A land rover is available at the foot of the hill. It leaves every hour from 7am to 6pm. A 30 minute drive up the steep hairpin bends will bring you to the top. The narrow winding road was reportedly built shortly after World War II and was completed in 1948. 
  
The road up twist and turns through tropical virgin jungle, and fresh green fragrance and cool air greeting you as you ascend. In the past, coffee and tea were grown on an experimental basis but seized to continue due to transport and logistic complexities.
Midway to the top is the Tea Garden House situated. That was once part of an tea-estate. The view at this point is magnificent and features the entire Taiping town as well as the Lake Gardens. Also visible are the suburbs of Aulong and Simpang and the 19km stretch of Taiping - Port Weld road.

the Tea Garden House

At the summit you are treated to a spectacular view of the West Coast of the peninsula. On a clear day, it is possible to view the sweeping coastline stretching from Pangkor Island to Penang.
Visitors are usually enthusiastic about attempting an invigorating climb to the Cottage, which
incidentally happens to be the only accessible summit.
The hill is riddled with groves of evergreens and vibrantly colorful flora and fauna. Nowhere in Malaysia will you witness a wide canvass of roses, dahlias, daisies, pansies, petunias, lupines and marigold abound in profusion. The cool climate also favours golden sunflowers, reputedly the largest variety in the country. To top it all there is a waterfall for cool fun.
Bird life here is plentiful. The best trail for bird watchers is the Gunung Hijau Trail, which spirals up towards the summit of Gunung Hijau, one of the peaks of the hills. The unspoilt mountain forest is also home to smaller fauna such as gibbons and squirrels, while its flora comprises species such as wild orchids, Mountain Giant Fishtail Palm and many species of bracken-like ferns.
Besides leisurely strolls through verdant flower gardens or indulging on relaxation spots, visitors also have the option of playing tennis, 1115 meters above sea level, just below the clouds.
Local rumour has it that there are several Sumatran tigers roaming around in the dense jungle. Occasionally, they loiter on the resort grounds but escape being sighted yet leaving only their footprints behind.
There are a few bungalows and a rest house available up the hill for renting... it costs around RM 38 for a room to about RM 400 for a bungalow per night. The hill resort is a marvellous place for those who treasure silence and peace, and those that like to seek a sanctuary above the clouds.

sembang-sembang

www.malaysiasite.nl

Ahad, 13 Mac 2011

Bagaimana mengelak muflis

  Muflis sama ada di dunia mahupun di akhirat boleh dielak jika setiap umat Islam pandai mengurus hidupnya dengan sempurna. Selain menambah dan membanyakkan harta, umat Islam lebih patut membanyakkan amal ibadah dan kebajikan.
  Dalam Islam ibadah terbahagi kepada dua, ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus merupakanibadat langsung untuk Allah seperti  solat, puasa, zakat dan haji sama ada fardhu mahupun sunat. Manakala ibadat umum, segala pekerjaan yang bersifat dunia, namun Allah menilainya sebagainya ibadah.
  Sebagai umat Islam kita tidak seharusnya rasa keberatan  untuk melakukan ibadah khusus ini dengan sebaiknya kerana apa yang dilakukan ini merupakan persembahan yang hendak diserahkan kepada Allah.  Kalau kita persembahkan itu secara lebih kurangtentu nilainya akan terlebih kurang juga.
  Begitu juga kalau kita melakukan ibadah umum, membuat kebajikan kepada masyarakat melalui firmanya, melalui NGO yang dipimpinnya, jika semuanya dilakukan dengan sebaiknya, pasti Allah menilainya dengan baik. Seorang pekerja di sesebuah syarikat juga boleh menambahkan pahala ibadah dengan melaksanakan amanah syarikat dengan sempurna.
  Percayalah dengan pahala yang berjaya dikumpulkan melalui persembahan yang terbaik kepada Allah itu akan menjadikan dana yang boleh menyelamatkan mereka di akhirat nanti. Namun kedudukan yang baik ini janganlah pula dicemari dengan dosa mereka kepada Allah dan dosa terhadap manusia di dunia ini.
  Perlu di jelaskan di sini, dosa manusia terhadap Allah boleh diampun oleh Allah dengan taubat nasuha. Allah yang Maha Pengampun tidak mampu membiarkan hambanya dalam keadaan berdosa. Tetapi kalau dosa itu melibatkan manusia, mereka perlu meminta maaf kepada manusia yang terlibat. Kalau tidak, dosa mereka akan berkekalan sehingga ke hari akhirat.
  Jadi, setiap kali melaukan dosa, segaralah bertaubat. Dan bermohon maaflah dengan manusia sekali kita tidak melakukan dosa terhadap mereka. Jika semua ini dapat dilakukan nescaya peluang untuk menjadi muflis di akhirat amat tipis.
  Tegasnya, muflis di dunia dan akhirat boleh ditangani dengan baik oleh umat Islam jika mereka pandai mengurus kehidupan mereka sesuai dengan peruntukan dan peluang yang Allah berikan kepada mereka. Oleh sebab itu selamat diri anda daripada menjadi mangsa muflis..

Jumaat, 11 Mac 2011

Hamba-Nya Yang Muflis

Dalam kehidupan sehari-hari kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan dosa sesama manusia. Namun kenyataannya pada hari ini segelintir daripada kita secara terangan melakukan pelbagai kesalahan daripada orang lain iaitu:
  1. Mencabuli kehormatan dan harga diri seseorang melalui fitnah, mengumpat dan mencaci
  2. Merosakkan harta benda dengan meropa, menyamun, mencuri, menipu dan sebagainya
  3. Mencabuli keselamatan dan kebahagiaan orang lain dengan cara keganasan, penderaan mental dan fizikal, pukul, bunuh, perbuatan sihir, ilmu hitam dan sebagainya.
  4. Merosakkan rumahtangga melalui perbuatan curang dengan suami atau isteri yang menyebabkan runtuhnya institusi rumahtangga