Powered By Blogger

Ahad, 13 Mac 2011

Bagaimana mengelak muflis

  Muflis sama ada di dunia mahupun di akhirat boleh dielak jika setiap umat Islam pandai mengurus hidupnya dengan sempurna. Selain menambah dan membanyakkan harta, umat Islam lebih patut membanyakkan amal ibadah dan kebajikan.
  Dalam Islam ibadah terbahagi kepada dua, ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus merupakanibadat langsung untuk Allah seperti  solat, puasa, zakat dan haji sama ada fardhu mahupun sunat. Manakala ibadat umum, segala pekerjaan yang bersifat dunia, namun Allah menilainya sebagainya ibadah.
  Sebagai umat Islam kita tidak seharusnya rasa keberatan  untuk melakukan ibadah khusus ini dengan sebaiknya kerana apa yang dilakukan ini merupakan persembahan yang hendak diserahkan kepada Allah.  Kalau kita persembahkan itu secara lebih kurangtentu nilainya akan terlebih kurang juga.
  Begitu juga kalau kita melakukan ibadah umum, membuat kebajikan kepada masyarakat melalui firmanya, melalui NGO yang dipimpinnya, jika semuanya dilakukan dengan sebaiknya, pasti Allah menilainya dengan baik. Seorang pekerja di sesebuah syarikat juga boleh menambahkan pahala ibadah dengan melaksanakan amanah syarikat dengan sempurna.
  Percayalah dengan pahala yang berjaya dikumpulkan melalui persembahan yang terbaik kepada Allah itu akan menjadikan dana yang boleh menyelamatkan mereka di akhirat nanti. Namun kedudukan yang baik ini janganlah pula dicemari dengan dosa mereka kepada Allah dan dosa terhadap manusia di dunia ini.
  Perlu di jelaskan di sini, dosa manusia terhadap Allah boleh diampun oleh Allah dengan taubat nasuha. Allah yang Maha Pengampun tidak mampu membiarkan hambanya dalam keadaan berdosa. Tetapi kalau dosa itu melibatkan manusia, mereka perlu meminta maaf kepada manusia yang terlibat. Kalau tidak, dosa mereka akan berkekalan sehingga ke hari akhirat.
  Jadi, setiap kali melaukan dosa, segaralah bertaubat. Dan bermohon maaflah dengan manusia sekali kita tidak melakukan dosa terhadap mereka. Jika semua ini dapat dilakukan nescaya peluang untuk menjadi muflis di akhirat amat tipis.
  Tegasnya, muflis di dunia dan akhirat boleh ditangani dengan baik oleh umat Islam jika mereka pandai mengurus kehidupan mereka sesuai dengan peruntukan dan peluang yang Allah berikan kepada mereka. Oleh sebab itu selamat diri anda daripada menjadi mangsa muflis..

Jumaat, 11 Mac 2011

Hamba-Nya Yang Muflis

Dalam kehidupan sehari-hari kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan dosa sesama manusia. Namun kenyataannya pada hari ini segelintir daripada kita secara terangan melakukan pelbagai kesalahan daripada orang lain iaitu:
  1. Mencabuli kehormatan dan harga diri seseorang melalui fitnah, mengumpat dan mencaci
  2. Merosakkan harta benda dengan meropa, menyamun, mencuri, menipu dan sebagainya
  3. Mencabuli keselamatan dan kebahagiaan orang lain dengan cara keganasan, penderaan mental dan fizikal, pukul, bunuh, perbuatan sihir, ilmu hitam dan sebagainya.
  4. Merosakkan rumahtangga melalui perbuatan curang dengan suami atau isteri yang menyebabkan runtuhnya institusi rumahtangga

Selasa, 1 Februari 2011

Syiah Imamiah

Syiah Imamiah juga dikenali sebagai Syiah 12. Mereka juga mengaku sebagai mazhab Ahlul Bait (keturunan Rasullulah) dan hanya kumpulan mereka sahaja yang mencintai Ahlul Bait. Kumpulan ini juga adalah satu kumpulan yang yakin bahawa saidina Ali Bin Abi Thalib adalah lebih berhak menjadi khalifah berbanding tiga sahabat yang lain iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Bin Al-Khattab dan Uthman Bin Affan.
Kumpulan dinamakan Syiah 12 kerana mereka yakin terdapat 12 imam yang maksum dalam fahaman mereka. Mereka juga percaya bahawa imam ke-12 mereka iaitu Muhammad Al-Mahdi Bin al-Hassan Al-'Askari atau dikenali dengan nama Imam Mahdi telah hidup tetapi dia ghaib apabila memasuki sebuah gua di Samara Iraq.
Penganut Syiah Imamiah sangat dominan di Teheran setelah tertubuhnya Republik Islam selepas berlakunya Revolusi Iran pada akhir 1970-an dan awal awal 80-an.
Imam Khomeini yang memimpin gerakan muda dalam revolusi tersebut kemudiannya telah diangkat sebagai pemimpin Republik Islam Iran yang pertama dengan memakai gelaran Ayatullah Rohullah. Selain daripada itu sebahagian besar pengikut fahaman ini terdapat di Iraq dan lain-lain negara seperti Pakistan, Syria dan Lebanon

Ahad, 9 Januari 2011

hukuman bagi pembunuh

Hukum Qisas

Pengertian:Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengn nyawa), melukakan dibalas dengn melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
  • membunuh orang lain dengan sengaja
  • menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja
  • melukakan orang lain dengan sengaja.
Hukuman membunuh orang lain dengn sengaja sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan atau dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan  telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tapi sesiapa yang melepaskn hak membalasnya, maka menjadika ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah ornag-orang yang zalim." (Surah Al-Maidah: 45)