Powered By Blogger

Selasa, 25 Mac 2014

Ranjang Mawar

Kerana dia aku menangis
Tanggalkan sisa kewarasan
Rela melepaskan kemudi di tangan
Di kala ribut gelora
Datang mendera samudera

Kerana dia aku menangis
Padamkan gaya dan perasaan
Sanggup memutuskan pertalian diri
Kepada dia selain ku damba

Ku tenggelam dalam rindu
Tidak berdasar dan bertepian
Ku terdampar dalam sendu
Tidak bernoktah dan berhuruf

Ku terkorban dalam cinta
Tak beralasan dari lembar
Satu lagi tak menjanjikan
Ranjang mawar yang ku mimpi

Ku mimpikan yang ku mimpi

Dia

Dia....
Menghimpit dengan mesra
Dan kerananya aku hilang darah
Dan menjerut ingatan
Dan mencari kenangan

Jika tahu tenggelam
Tak ku layar bahtera
Di ombak ganas menghempas
Pelayaranku terkandas
Demi masa beredar

Yang ku sambut dosa yang hilang
Lalu sepi terasa
Di bawah ketenangan
Di bawah kesepian

Bila larut menjelma
Hampir siang mataku terjaga
Yang kurang hanya diri
Kehadiranmu menyepi

Intan....
Usah di harap perutusannya
Ada masa menjunam
Ada masa melayang
Di awanan biru